Home Produk Biodex

Kaedah Bayaran

Hubungi Kami

Servis Penghantaran

*********

*********

 

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday2
mod_vvisit_counterYesterday568
mod_vvisit_counterThis week2
mod_vvisit_counterLast week3966
mod_vvisit_counterThis month15634
mod_vvisit_counterLast month12372
mod_vvisit_counterAll days1011264

Online (20 minutes ago): 6
Your IP: 50.16.139.138
,
Today: Aug 30, 2014
BumiCyber Studio - Your Online Business Solutions
Produk Biodex PDF Print E-mail
Produk Biodex - Produk Biodex

 

Saya dan suami sudah membuat pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan tiada sebarang masalah kesuburan tapi kenapa saya masih belum hamil?

Beberapa kajian telah dijalankan dan didapati ovum dan sperma yang dihasilkan sihat. Tetapi atas beberapa faktor, sperma tidak ‘tertarik’ atau ‘menolak’ untuk bersenyawa dengan ovum. Ini disebabkan oleh tiada daya tarikan seperti magnet di antara ovum dan sperma walaupun kedua-duanya sihat.

Cadangan produk
Wanita: Supreme Diet, Susu IgC, Woman Lobata, Liquid Manja Prune, Tight La Honey, D’ToxY

Lelaki: Skyherbs Honey, Supreme Diet, Susu IgC

Saya mempunyai masalah cyst, fibroid di bahagian rahim. Bolehkah saya hamil? Adakah saya perlu membuat pembedahan terlebih dahulu?

Jika anda mempunyai cyst atau fibroid di bahagian rahim, anda masih boleh hamil. Anda tidak perlu menjalani sebarang pembedahan untuk mengeluarkan cyst atau fibroid tersebut. Ianya akan keluar secara semulajadi melalui darah haid.

Cadangan produk
Noni Chewable Tablets, Susu Igc, Liquid Manja Prune, Tight La Honey, Supreme Diet

Saya pernah mengambil pil perancang kehamilan tetapi sekarang sudah berhenti dan ingin hamil. Namun berat badan bertambah, haid jadi tidak lancar dan masih belum hamil. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Hormon estrogen telah berubah sejak pengambilan pil perancang kehamilan. Dengan set PKB, mampu membantu untuk mencuci, menyuburkan dan menguatkan rahim untuk memudahkan proses kehamilan. Dinasihatkan agar menurunkan berat badan terlebih dahulu kerana mungkin saluran tiub fallopio tersumbat oleh lemak dibahagian perut.

Cadangan produk
Wanita: Supreme Diet, Susu IgC, Woman Lobata, Liquid Manja Prune, Tight La Honey, D’Toxy, Natto-K

Lelaki: Skyherbs Honey, Supreme Diet, Susu IgC, Natto-K

Saya tidak pernah hamil dan dicadangkan untuk ambil pil kesuburan. Selepas beberapa ketika rasa ingin putus asa kerana masih belum berjaya hamil tetapi berat badan pula kian bertambah. Tolonglah saya.

Anda dinasihatkan untuk hentikan pengambilan pil kesuburan terlebih dahulu. Anda juga dinasihatkan untuk menurunkan berat badan supaya dapat mempersiapkan diri untuk melalui proses kehamilan kelak. Sila dapatkan nasihat yang jelas tentang cara pengambilan PKB dengan tepat.

Cadangan produk
Wanita: Supreme Diet, Susu IgC, Woman Lobata, Liquid Manja Prune, Tight La Honey, D’ToxY, Natto-K

Lelaki: Skyherbs Honey, Supreme Diet, Susu IgC, Natto-K

Haid saya datang setiap bulan tetapi mengalami senggugut yang teruk. Adakah ini menjadi punca saya sukar untuk hamil? Bagaimana cara untuk mengatasinya?

Ya, senggugut yang teruk juga menjadi salah satu faktor sukar untuk hamil.

Cadangan produk
D-toxY, Liquid Manja Prune, Tight La Honey

Berapa lama PKB memberi kesan untuk saya berjaya hamil?

Ianya bergantung kepada sistem badan seseorang. Jika anda tiada masalah kesihatan yang kronik, Insyaallah ianya memberi kesan yang positif dalam jangkamasa 1-2 bulan. Jika anda mempunyai masalah kesuburan, rahim lemah, haid tidak lancar, PKB akan membantu membetulkan hormon dalaman anda terlebih dahulu.

Bagaimana hendak tahu saya sudah berjaya hamil setelah mencuba PKB?

Catatkan tarikh akhir anda datang haid pada bulan sebelumnya. Kemudian kira dan tanda tarikh jangkaan haid untuk bulan yang berikut. Contohnya jika anda haid pada 1 Januari, jadi anda akan datang haid pada 27 Januari - 1 Februari mengikut kitaran 26- 30 hari. Jika haid tidak datang pada tarikh jangkaan, HENTIKAN semua rangkaian produk PKB TETAPI teruskan pengambilan Supreme Diet dan Susu IgC. Anda mungkin sudah hamil.

Haid tidak datang pada tarikh yang sepatutnya tetapi home pregnancy test menunjukkan keputusan negative.

Anda tidak perlu bimbang. Kadangkala anda perlu menunggu sehingga 10 hari dan buat ujian kehamilan sekali lagi. Ketepatan keputusan home pregnancy test ialah 94%.

Suami saya seorang perokok tegar. Adakah ini menjadi punca saya sukar untuk hamil?

Ya, ini kerana sprema yang dihasilkan tidak sihat dan kurang berkualiti. Dinasihatkan agar mengambil Set Lengkap Untuk Lelaki.

Setelah membuat pemeriksaan, doktor mengesahkan suami saya langsung tiada sperma. Peluang untuk hamil adalah sangat tipis. Boleh PKB membantu kami?

Ya, sudah ramai lelaki yang langsung tiada sperma telah mengikuti PKB dan akhirnya telah berjaya menghamilkan isteri dan melahirkan anak yang sihat. Sila dapatkan dos yang tepat.

Cadangan produk
Lelaki: Skyherbs Honey, Supreme Diet, Susu IgC, Natto-K

Saya sudah berjaya hamil tetapi mengalami keguguran. (lebih dari sekali) adakah saya boleh hamil dan melahirkan anak?

Ya, melalui pengambilan PKB secara konsisten boleh membantu untuk menyuburkan dan menguatkan rahim untuk proses kehamilan dan bersalin.

Saya mempunyai diabetes, bagaimanakah PKB boleh membantu saya untuk terus sihat dan bayi dalam kandungan juga sihat?

Dengan Set Semasa Hamil, ianya dapat membantu mengurangkan gula dalam darah dan bayi akan membesar mengikut jadual. Dinasihatkan agar mengambil Supreme Diet (sugar free) untuk mengurangkan pengambilan gula semasa hamil.

Saya sudah hamil dan melahirkan anak sulung dan merancang untuk hamil kali kedua tapi masih belum berjaya. Adakah PKB boleh membantu?

Ya, kadangkala apa yang diamalkan sewaktu berpantang adalah sangat penting. Ianya mungkin boleh mengecutkan rahim dan sekaligus tidak menyuburkan bahagian peranakan anda. Sila amalkan PKB secara konsisten untuk kesan yang memuaskan.

Suami saya pernah berkahwin dan mempunyai anak dengan isteri pertamanya. Walaupun sudah beberapa tahun berkahwin dengannya, saya masih belum berjaya hamil. Doktor mendapati saya tiada masalah kesuburan. Bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini kerana suami kerap mengelak untuk membuat ujian kesuburan?

Tahap kesuburan lelaki merupakan penyumbang terbesar untuk kehamilan. Mungkin suami puan terdedah dengan tempat kerja yang panas atau bahan kimia yang berbahaya. Jika dia merupakan seorang perokok, selalu melakukan kerja-kerja berat, kurang rehat atau stress turut menjadi faktor puan sukar untuk hamil. Dinasihatkan agar suami puan mengambil Set Lengkap untuk Lelaki bagi mengembalikan tenaga dan membaikpulihkan kualiti dan kuantiti spermanya. Usia yang sudah lanjut juga mungkin menjadi punca spermanya kurang atau tidak sihat.

Saya tidak menghadapi masalah untuk hamil, tetapi apabila hamil saya mengalami keguguran. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah keguguran berlaku lagi?

Dinasihatkan untuk mengambil Set Semasa Hamil BIODEX kerana kandungannya yang terdiri daripada nurtrien, zat-zat penting dan kalsium amatlah penting untuk memastikan ibu sentiasa bertenaga, sihat dan tidak mudah jatuh sakit. Bayi dalam kandungan turut akan membesar mengikut jadual dan akan memperolehi imun badan yang cukup melalui pemakanan sihat si ibu. Jadi amatlah penting untuk anda mengamalkan Set Semasa Hamil bagi membantu tumbesaran bayi dan menguatkan rahim semasa hamil.

Saya dan suami telah menginjak usia lebih dari 35-40 tahun tetapi belum dikurniakan cahayamata. Bolehkah PKB membantu kami untuk memperolehi zuriat sendiri? Adakah saya dan bayi akan menghadapi sebarang risiko atau komplikasi kesihatan jika saya hamil?

Insyaallah, dengan pengambilan PKB untuk mudah hamil dan mengamalkan Set Semasa Hamil secara konsisten, puan dan bayi akan selamat dan tidak akan menghadapi sebarang masalah risiko atau komplikasi kesihatan. Haruslah diingat, rangkaian produk BIODEX bukan ubat tetapi ianya minuman kesihatan yang membantu melengkapkan nutrient yang diperlukan dalam badan. BIODEX juga sudah banyak membantu pasangan yang belum pernah mempunyai zuriat tetapi telahpun berusia untuk hamil dan melahirkan anak dengan selamat.

Doktor mendapati rahim saya berada dalam kedudukan terbalik. Adakah PKB boleh membantu saya mempunyai zuriat?

Ya, anda haruslah mengamalkan PKB dan Set Semasa Hamil dengan konsisten di sepanjang tempoh kehamilan.

Saya telah menjalani pembedahan untuk membuang cyst @ fibroid. Sekarang hanya ada sebelah sahaja tiub fallopio. Adakah saya boleh hamil jika saya mengambil PKB?

Ya, dengan izin-Nya, puan boleh hamil secara normal. Dinasihatkan untuk meneruskan pengambilan Set Semasa Hamil bagi memastikan puan dan bayi berada dalam keadaan yang sihat di sepanjang tempoh kehamilan.

Saya kerap mendengar cerita yang menakutkan untuk kelahiran anak pertama. Biodex ada produk sesuai untuk bantu mudah bersalin?

Ya, anda dicadangkan untuk mengamalkan Set Semasa Hamil di sepanjang tempoh kehamilan. Apabila usia kandungan masuk 34 minggu atau 7 bulan, puan boleh amalkan Bio Selusuh BIODEX. Ianya telah diadun mengikut sukatan yang sesuai untuk kesihatan. Cara penggunaan ialah minum dua sudu pagi dan malam. Boleh juga sapukan di bahagian perut bagi mengurangkan kesan rekahan. Di saat-saat akhir sebelum bersalin, sila ambil 1 sachet Supreme Diet kerana ianya membekalkan tenaga tambahan kepada anda untuk meneran.

Apakah kelebihan produk Set Semasa Hamil BIODEX jika dibandingkan dengan produk lain yang berada di pasaran?

Supreme Diet Fruit @ Supreme Diet Sugar Free

· membantu menambahkan susu badan
· mengurangkan alahan semasa mengandung
· mencantikkan kulit ibu dan bayi
· mengurangkan kesembapan kaki dan tangan semasa hamil
· membantu mengawal berat badan ibu supaya tidak obesiti tetapi kandungan tetap membesar mengikut jadual
· amat digalakkan diambil LEBIH pada hari atau saat akhir kerana ia memberi tenaga dan ini
· memudahkan ibu melahirkan bayi

Susu Igc

· mengandungi susu awal kambing dan lembu (IgC) yang kaya dengan khasiat kalsium, zat dan vitamin yang diperlukan ibu dan kandungannya
· boleh menghindar bayi dari penyakit demam kuning selepas dilahirkan
· boleh mengelakkan penyakit darah tinggi / pening, sakit sendi sewaktu kehamilan
· diminum waktu pagi dan malam sebelum tidur

Bio Collagen

· mengambil Bio Collagen semasa hamil membantu mengekalkan tisu eperdemis kulit untuk berada dalam keadaan baik, mengekalkan kelembapan dan menyihatkan sel kulit
· mengurangkan rekahan kulit (stretch mark)
· mengurangkan keguguran rambut dan membina tisu otot
· Bio Collagen - boleh diambil untuk yang alah pada sumber laut
· boleh diambil bila-bila masa

Dengan mengamalkan ketiga-tiga rangkaian produk ini sepanjang tempoh kehamilan, anda tidak akan mengalami sembab di bahagian kaki dan muka, kurang alahan, tidak mengalami obesity, bayi membesar mengikut jadual, kulit anda dan bayi menjadi semakin berseri-seri. Bayi anda yang dilahirkan putih gebu, sihat, jarang terkena ruam, terhindar dari demam kuning dan mempunyai imun badan yang kuat. Tumbesaran bayi BIODEX juga nyata lebih cepat berbanding dengan bayi yang tidak mendapat nutrient Set Semasa Hamil.

 

 

SENARAI HARGA PRODUK PROGRAM KEHAMILAN BIODEX (PKB)

DETOX-Y 88.00
SUPREME DIET 90.00
CONTOUR GEL 35.00
BEAUTEA 35.00
LIQUID MANJA PRUNE 58.00
WOMAN LOBATA 138.00
NONI CHEWABLE 32.00
SKYHERB HONEY 59.00
SUSU IGC 98.00
BIO SELUSUH 69.90
I COVER BIODEX
49.90





DETOX Y : RM 88


Berfungsi untuk mencuci saluran tiub falopio dan membuang lendir, lemak atau darah yang membeku. Ia juga berfungsi untuk menyelesaikan masalah senggugut dan haid yang tidak lancar atau sedikit atau tidak datang period langsung setiap bulan. Sangat digalakkan diambil pada waktu period.

Kandungan : 15 sachets x 15g

Serbuk soya, Serat larut jagung, Sekam psyllium, Serabut kelapa sawit, Oligosakarida, Serbuk beras perang, Serbuk bijirin, Susu kolostrums, Serbuk red beet, L-Glutamin, Ekstrak teh hijau, Ekstrak kacang ginjal putih, Serbuk garcenia cambogia.

Panduan : Bagi mereka yang mengalami haid yang sedikit, tidak lancar atau tidak datang langsung sila ambil D-Toxy bersama buah nenas atau jus nenas.

Hentikan pengambilan D-Toxy bagi mereka yang mengalami haid yang berpanjangan, demam atau tidak sihat. Bagi yang hamil atau tidak haid pada tarikh yang dijadualkan, hentikan pengambilan D-Toxy dan teruskan pengambilan Supreme Diet dan Susu IGC. Jalani ujian air kencing atau imbasan selepas 10 hari.

Dos Yang Dicadangkan
Bagi yang mengalami kegemukan atau obesiti ambil satu (1) sachet pada waktu pagi sebelum sarapan dan sebelum makan tengahari.

Bagi yang menghidap penyakit darah tinggi, darah rendah, kencing manis, migrain, gastrik, angin atau lain-lain penyakit yang ketara, mulakan dengan satu (1) sachet sahaja selepas makan.



Beautea - RM 35 .00

Membantu membersihkan usus yang kotor, membuang lemak dibahagian perut dan usus. Amalkan sehingga keadaan normal dan diambil bila perlu.
Sangat sesuai untuk mengatasi sembelit dan panas dalaman.

Kandungan : 30 sachet

Panduan : Bancuh satu (1) sachet dengan air panas dan diminum selepas makan. Kesan pengambilan boleh dirasai selepas 8 jam.

Kadar pengambilan adalah tertakluk kepada keperluan seseorang, disarankan untuk berhubung dengan perunding bertauliah untuk panduan yang tepat.



LIQUID MANJA PRUNE - RM58.00

Produk minuman kesihatan yang membantu menguatkan imunisasi badan, melancarkan peredaran darah dan menguatkan rahim.


Mengandungi Manjakani, Kurma, Spirulina, Prune dan Klorofil yang membantu menguatkan imunisasi badan, menguatkan rahim dan melancarkan peredaran darah. Sangat sesuai untuk yang sering mengalami sengugut atau mudah keguguran.

Kandungan : 15 ml x 12 sachets

Mixed prunes extract, dates extract, manjakani, kacip Fatimah, sugar, guar gum, R.O.water, permitted level of food grade preservatives.

Panduan : Bancuh satu (1) sachet bersama air biasa dan diminum pada waktu petang.



NONI CHEWABLE TABLET - RM32.00 - 3- tablet

Berfungsi sebagai Antibakteria, Antifungus, Antiparasit, Antikancer, Antitumur, Antivirus dan kaya dengan Antioksidan yang membantu melancarkan sistem penghadaman dan percernaan serta melancarkan aliran darah.
Melancarkan aliran darah yang mungkin disebabkan oleh ketulan-ketulan darah yang menghalang seperti Cyst, ketumbuhan dan masalah yang berkaitan dengan darah. Membaiki sel-sel yang rosak dan mengaktifkan sel-sel yang lemah. Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah ketumbuhan ( fibroid ), cyst, endometrosis dan yang berkaitan dengan darah.
Kandungan : 30 tablet (Setiap tablet mengandungi 100mg ekstrak morinda citrifolia

Panduan : Dicadangkan pengambilan satu (1) biji tiga (3) kali sehari selepas makan bagi yang sedang menghidapi penyakit. Disarankan diambil bersama Susu IgC sekurang-kurangnya satu (1) kali sehari. Untuk pencegahan penyakit, ambil 1 biji 1 kali sehari selepas makan.



Supreme Diet : RM90 - 25 gm x 20 sachets


Khasiat yang terbukti membantu mempercepatkan kehamilan. Membantu meningkatkan penyerapan nutrien yang penting.Mengandungi kesemua enzim, mineral, zat dan vitamin yang diperlukan. Sumber Protein dan Vitamin E yang boleh mencegah risiko keguguran kerana kelebihannya yang memelihara kesihatan rahim dan plasenta. Mengurangkan alahan, serta membantu pembentukan kulit bayi yang cantik, halus dan cerah. Membantu mengurangkan kesembapan kaki dan tangan serta mengawal berat badan di samping memelihara kandungan membesar mengikut jadual. Membantu untuk meningkatkan kualiti air mani bagi lelaki dan menguatkan sistem badan.

Vitamin Kromium - Membantu tubuh mengekal dan mengatur kandungan gula serta menurunkan berat badan.
Vitamin Mangan - Diperlukan untuk pertumbuhan tulang yang normal, tumbesaran,pembiakan dan fungsi sel.
Vitamin Molibdenum -Menyumbang kepada tumbesaran dan perkembangan normal yang akan membentuk badan dalam pengunaan zat besi.
Iodin- Diperlukan oleh hormon tiroid untuk menyokong metabolisme.
Kalium (K)- Membantu menurunkan tekanan darah dan mengelakkan tekanan.
Zink (ZN) -Bahagian penting bagi enzim (terlibat dalam proses pencernaan, metabolisme pembiakan dan penyembuhan luka).
Enzim Kurma -Kaya dengan vitamin seperti vitamin B6, niasin, folate, dan asid pantotenik.
Kacang soya -Diperlukan dalam membantu menyuburkan sistem hormon, membantu dalam penyembuhan luka dan mengatur perjalanan darah.
Beras Perang -Meningkatkan kawalan glukosa.
Barli Hijau - Mengekalkan kesihatan keseluruhan badan.
Spirulina -Mengandungi protein, vitamin, karotenoid dan nutrien lain.
Amilase - Sebagai pemangkin untuk pencernaan karbohaidrat.
Lipase - Penyerapan asid lemak secara mencukupi untuk mengekalkan kesihatan.




SUSU IGC : RM 98.00

Susu kambing yang kaya dengan khasiat kalsium, zat dan vitamin yang diperlukan. Berfungsi untuk membantu proses pembentukan tulang, metabolisme, membekalkan kalsium, membantu meningkatkan kualiti sperma dan mengelakkan sakit sendi dan pinggang.

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Menurut kajian, susu kambing lebih banyak khasiatnya didalam menyembuh serta mencegah penyakit dalaman antara lain

  • Meneutralkan toksin di dalam badan.
  • Mengawal tekanan darah.
  • Mengoptimumkan fungsi hati, limpa dan buah pinggang.
  • Cukup bermanafaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
  • Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tid

Kaya dengan khasiat kalsium, zat dan vitamin yang diperlukan ibu dan kandungannya. Ia boleh membantu proses pembentukan tulang, metabolisme, otak dan jantung bayi, serta mengelakkan sakit sendi, pinggang dan pening.

Juga berfungsi untuk menguatkan system imun badan, sangat digalakkan bagi mereka yang mengalami masalah gastrik, ketumbuhan, cyst dan yang sedang mengalami sakit sendi dan tumit.
Selain itu, bagi lelaki ia mampu membekalkan kalsium, membantu meningkatkan kualiti sperma dan membuang toksin.

Kandungan : 30 sachets x 15g

Susu tanpa lemak, oligosakarida, susu kolostrum kambing, IgC susu kolostrum, fructose, L-lysine, Aquamin F serta conditioner makanan yang dibenarkan.
Panduan : Dibancuh dengan air suam dan diminum pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.




SKYHERBS HONEY - RM 59.90

Membantu meningkatkan kualiti sperma lelaki kerana kandungan BioFlavonoid dan Saponins di dalam Skyherbs melebihi Ginseng, Tongkat Ali, Ubi Jaga dan lain-lain herba. Mampu membuka saluran darah hingga yang paling luas. (membantu zakar yang terdiri dari saluran rerambut darah yang kecil)

BIOFLAVONOIDS semulajadi ini mampu membesarkan saluran darah serta memperbaiki peredaran darah, mengurangkan kandungan kolesterol yang tidak baik LDL, mengurangkan dan mengimbangkan tahap gula dan bertindak sebagai anti pengoksida.
SAPONINS( Sapogenin glycoside) yang tinggi dalam buah tunjuk langit dapat membantu meningkatkan pembinaan darah, Meningkatkan penghasilan hormon lelaki, Melancarkan saluran penafasan mententeramkan otak dan memperbaiki insomnia, Menguatkan hati dan mengelakkan kesan kemabukan terhadap toksin yang dimakan. Menghilangkan kelesuan, memtenteramkan otak dan memperbaiki insomnia dan Melambatkan proses penuaan.
Skyherb Honey boleh oleh mereka yang mengalami kencing manis kerana ia mengandungi manisan madu dan bukan gula. Pesakit darah tinggi juga boleh menggunakannya dengan sukatan 2 sudu di sebelah pagi.




WOMAN LOBATA -RM138.00
Membantu untuk wanita yang menghadapi masalah berkaitan dengan hormon yang sukar hamil. Bagi mereka yang menghidap penyakit endometriosis atau fibroid atau berkaitan dengan dengan darah anda tidak boleh mengambil woman lobata
Cara Penggunaan : Ambil 1 sachet tanpa dibancuh setiap malam. Dikemam di bawah lidah sebelum meminum air. Boleh ditambah dengan serbuk Milo atau Horlick jika rasa kurang selesa.
Tidak boleh diambil ketika waktu haid. Jika ada cyst atau ketumbuhan, anda tidak boleh mengambilnya.
Anda digalakkan mengambil Noni Chewable Tablet untuk menguatkan sistem badan.





Tight La Honey - RM59.00

Madu lebah asli dengan ekstrak herba yang berfungsi untuk mencegah bau, mengawal lendir dan lelehan, membuang angin dalam perut, senggugut serta menguatkan otot rahim.
Mencegah bau yang tidak diingini.
Mengawal lendir dan lelehan.
Membantu mencegah barah payudara dan barah rahim.
Menguatkan otot-otot rahim.
Membersihkan lelehan haid dan nifas.
Membuang angin dalam perut, senggugut serta sangat baik bagi mereka yang mempunyai penyakit kelamin.
Sangat digalakkan pengambilannya bagi wanita yang mengalami tempoh haid yang lama dan kitaran haid yang terlalu pendek.

Kandungan : Madu Lebah Asli, Ekstrak Manjakani, Sirih, Kacip Fatimah dan Skyherbs.

Panduan : Diminum dua (2) sudu besar atau dibancuh dalam air biasa pada sebelah pagi dan petang.

Bagi yang mengalami tempoh haid yang panjang atau lama, digalakkan untuk mencampur ibu kunyit sebesar ibu jari yang telah dikisar atau dibuat jus, dan minum pada setiap pagi sehingga darah berhenti atau kembali normal.


Bio Selusuh : RM69.90 ~ 350gm

Bio Selusuh adalah gabungan Minya Kelapa Dara, Minyak Habatussauda dan Herba terpilih. Produk ini membantu memudahkan proses kelahiran. Produk berasaskan minyak kelapa yang dicampur dengan herba-herba terpilih khusus untuk ibu hamil.

Kandungan : Minyak Kelapa Dara, Minyak Habbatus Sauda dan Herba Terpilih

Panduan : Hanya untuk ibu yang hamil tujuh (7) bulan ke atas.

Sapuan : Sapukan minyak Bioselusuh di bahagian perut, pinggang, pinggul hingga ke kaki setiap hari sehingga bersalin.

Minuman :
Hamil 36 minggu: Minum 1 sudu besar pada waktu malam.
Hamil 37-38 minggu: Minum 1-2 sudu besar pada waktu pagi dan malam.
Kekerapan dan pertambahan dos lebih digalakkan di hari-hari terakhir menanti hari bersalin.
Boleh dicampurkan ke dalam Supreme Diet untuk bagi menyedapkan rasa dan menambah tenaga, selain membekalkan mineral, zat, vitamin dan enzim yang diperlukan oleh badan.

Perhatian : Produk ini hanya boleh digunakan apabila kandungan berusia lebih tujuh (7) bulan sahaja. Sertakan niat yang baik dan berdoa supaya dipermudahkan bersalin setiap kali menggunakan Bioselusuh




I Cover - RM49.00
Membantu membersihkan usus yang kotor, membuang lemak dibahagian perut dan usus. Amalkan sehingga keadaan normal dan diambil bila perlu.Sangat sesuai untuk mengatasi sembelit, badan banyak angin/gastrik dan panas dalaman.
Bertindak sebagai pencucian yang lebih sederhana.
Kandungan : 15 sachets x 11g

Psyllium, Husk, Spinach Powder, Oat Fibre, Soya Powder, Oligosaccharides, Oil Palm Fibre, Apple Fibre, Sweet Corn, Colostrum Milk, Mix Fruit Flavor Powder, Guar Gum, Wheat Grass, Spirulina, Celery, Aloe Vera Powder, Cholorophyll.

Panduan : Bancuh satu (1) sachet dengan air biasa dan diminum sebelum makan. Kesan pengambilan boleh dirasai selepas 8 jam.

Kadar pengambilan adalah tertakluk kepada keperluan seseorang, disarankan untuk berhubung dengan perunding bertauliah untuk panduan yang tepat.



CONTOUR GEL - RM35.00
Berfungsi untuk memecahkan lemak dan membantu membuang angin, lendir, angin yang tersumbat serta membantu menurunkan berat badan.
Panduan : Disapu dipangkal ari-ari, perut atau ditempat yang berlemak. Digunakan sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari.



NATTO-K - RM69.90
Sejenis enzim yang dihasilkan dari proses penapaian soya yang diamalkan turun-temurun oleh masyarakat Jepun kerana kelebihannya yang:

  • melancarkan peredaran darah,
  • mengelakkan pembekuan darah terutama bagi pesakit jantung dan strok,
  • mencegah kancer,
  • membantu sistem perkumuhan,
  • menguatkan daya ingatan,
  • mencegah osteoporosis (kereputan tulang),
  • mencantikkan kulit,
  • meningkatkan kesuburan (lelaki/wanita),
  • mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan,
  • baik untuk yang menghidapi masalah tekanan darah tinggi.

Kandungan : 30 tablet x 500g

Serbuk beras perang, beras red yeast, serbuk enzim, serbuk nattokinase.

Panduan : Diambil 3- 4 biji sehari bagi yang bermasalah atau 1-2 biji sehari untuk memelihara kesihatan tubuh bagi yang tidak bermasalah kepada semua pengguna biodex, yg lewat period sila bersabar & teruskan pemknan susu igc & supreme diet dlm tempoh 2 @ 3 minggu dr tarikh lewat period. ramai pengguna yg mengalami masalah protien kurang dlm darah. sbb tu bila buat urin test jadi negatif. ada jg kes 4 bln hamil tp bl buat urin still lg negatif. so teruskn pemakanan susu igc & supreme diet. langkah terbaik pergi jumpa doktor & scan rahim.+