DAFTAR UTK CHAT

Username

Password

Remember me
Forgotten your password?
No account yet? Create one
WORLDWELLNESS NETWORK

:: Our Latest Networking Business :- Worldwellness Network (WWN) ::

JOM SERTAI BISNES WORLDWELLNESS DGN KAMI!
Pengalaman kejayaan saya dlm MLM terdahulu telah menjadikan Team Ekin Wellness antara yg berjaya dgn pantas hasil ilmu dan pengalaman terdahulu. Jom suksess bersama

PERUNDING www.kedai2ekin.com


syikin
syikin72
syikin72@gmail.com


Khairi
013 3696659
hairi_jr@yahoo.com

Statistics

Members: 5565
News: 176
WebLinks: 4
Visitors: 1085949
Sukar Hamil? Tips & Produk yg terbukti berkesan E-mail
Written by syikin72   
Monday, 07 January 2008

Izin saya kongsikan pengalaman peribadi.. 

Sebenarnya Syikin pun antara manusia yg terpilih sukar mendapatkan zuriat. Syikin kawin tahun 2000, lepas setahun tak dapat baby, mula buat treatment. Memula kat Pusrawi. Masa buat blood test, confirm syikin tak subur. Setahun treatment kat Pusrawi dengan ambik clomid, tak gak ngandung. Masa tu berat dari 55kg dah naik 65kg. Lepas buat HSG, syikin ngandung tapi baby meninggal dalam perut masa usia kandungan 5 1/2 bulan, masa tu bulan January 2003.

Bulan Jun 2003 syikin buat treatment kat Pusat Pakar HUKM . Dan syikin disahkan mengalami masalah PCOS. Treatment dia bermula dengan pil subur – clomid. Setiap bulan dari hari ke 2 sampai ke 6 syikin ambik clomid 2 biji sehari. Pas tu start hari ke 10, 12, 14, 16 dan 18 syikin akan berulang lagi kat HUKM untuk scan – dia akan buat `follicle tracking’, ukur size telur kita. Selama tiga bulan berturut-turut buat treatment ni, dr dapat trace yang telur syikin kecik-kecik je… menurut dr, biasanya kalau ukuran telur kita 20mm, kira normal dan berpotensi untuk menjadi benih tapi telur syikin yang paling besar pun 18mm je. Bila telur ni dah cukup matang, doctor bagi syikin injection untuk pecahkan telur dan 36 jam lepas injection, kita bersama dengan suami. Mungkin takde rezeki agaknya, 3 kali treatment tak gak mengandung. Lepas tu doktor rekemen syikin buat IUI. Memandangkan masa tu dah nak puasa (tahun lepas), syikin pun bercadang nak buat treatment tu lepas raya.

Dalam pada tu, waktu subur syikin bersama gak dengan suami dari hari ke 12, 14, 16, 18 & 20. Lepas raya syikin tunggu time period sebab nak sambung treatment kat HUKM. Tunggu punya tunggu tak gak period. Dah masuk 3 minggu, syikin pun gi le klinik buat pregnancy test, nak buat sendiri tak confident. Masa doctor cakap congratulation puan, confirm pregnant, terkejut besar syikin.. Alhamdulillah.. Rezeki Allah.. Bulan Ogos 2004 syikin dah selamat bersalin dan dapat baby girl.  Dan doktor pakar cakap, kalau saya nak zuriat lagi, saya perlu mengulangi lagi rawatan kesuburan yg menelan belanja beribu ringgit.

Bila ada kengkawan yg mengadu susah nak dapat zuriat, teringat apa yg Syikin alami dulu.. Bila taip pengalaman ni, rasa nak menitiskan air mata je sebab rasa bersyukur sangat atas kurniaan allah menganugerahkan zuriat, berkat bulan ramadhan lepas. Kepada kengkawan yang ada masalah kesuburan tahap seperti syikin, tak salah kalau nak mencuba cara syikin terutama menjelang puasa ni. Kita sama-sama kongsi pengalaman sebab syikin paham sangat perasaan kengkawan semua terutama bila raya orang tanya `hai, takde lagi ke???’... pedih hati tuhan je yang tahu..

 

Bidadari yg sensasi... memang tak dapat dinafikan lagi. 

4 bulan lepas amalkan Bidadari, ketika puteri pertamaku Khayrin Nuraina (Aina) berusia 11 bulan, kejutan terjadi dalam hidup saya... sebelum tu memang susah nak dapat baby.. lepas kawin 2 tahun dan buat treatment kesuburan, dapat baby pertama.. tup tup masa 1st baby 11 bulan, keajaiban terjadi.. dgn kuasa Allah, terbentuk baby bidadariku yg montel ni.. Khayrin Nuraisya (Aisya).. 

 

Kiri ~ Aisya .. Kanan ~ Aina

 
Ketika artikel ini ditulis, pada 8 Januari 2008 (080108.. ish..  akak suka betul dgn no. 8 .. my lucky number) Aina dah masuk tadika.. umur 3 tahun 5 bulan.. dan Aisya 1 tahun 10  bulan

.http://img.photobucket.com/albums/v723/syikin72/ainaatschool.jpg

 Aina posing depan sekolah.. ibu yg suruh.. hihi..

 

PRODUK UNTUK MEMBANTU MENGATASI
MASALAH SUKAR HAMIL DAN SUSAH DAPATKAN ZURIAT




 

8ht01a.gif PROGRAM KEHAMILAN BIODEX

Alhamdulillah atas kelapangan waktu yg Allah kurniakan, saya kembali berkesempatan utk  meneruskan kembali Khidmatrunding Program Kehamilan Biodex. 

 
Banyak testimoni pelanggan kami yg telah hamil selepas mengamalkan PKB dgn khidmatrunding kami. Untuk Program kehamilan Biodex, sila teliti Pakej yang telah saya sediakan dan pasti salah satu berkaitan dgn anda!

 

Sila ambil Perhatian!! Untuk Program kehamilan Biodex, khidmatrunding dan cara pengambilan akan saya berikan selepas anda membeli dari saya. Beli dari tempat lain, saya tak buat consultation ye.. Harap Maklum! 

 

 


TIPS UNTUK KEHAMILAN :-


Pengeluaran air mani selepas bersetubuh adalah perkara biasa, namun jika pengeluarannya banyak itu luar biasa dan mungkin ada kaitan dengan wanita itu mengemas atau mengemut faraj, yang menjadi amalan kebiasaan wanita selepas bersetubuh.

 

HUBUNGAN KELAMIN DILAKUKAN DI WAKTU SUBUR

 

Cara paling bijak ialah :

- Untuk wanita itu mendekatkan kedua-dua lutut ke dada untuk mengelakkan air mani daripada keluar sambil
   melegakan pembukaan faraj supaya air mani mendap dalam faraj.

- Posisi menyalurkan ereksi dari belakang dengan wanita menyujud juga sesuai untuk memastikan yang air
   mani dipancut ke dalam. Beberapa minit kemudian wanita itu boleh tidur mengiring.

 

- Waktu awal subur ialah tanda pengeluaran lendir yang semacam putih telur yang belum dimasak.

 

- Ini berlaku kerana telur dalam keadaan berkembang dan menunggu masa untuk menetas.

 

- 48 jam kemudian wanita itu akan terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari yang menandakan ‘ovulasi’.

 

- Jadi, jika hubungan kelamin dilakukan dari mulanya lendir jernih keluar dan seterusnya sehingga 2-3 hari    selepas tanda ovulasi (hubungan kelamin boleh dilakukan selang-seli atau dua hari sekali), kemungkinan    hamil ialah 15% dalam sebulan.

 

Positifkan minda anda, tenangkan fikiran (jangan stress) serta sentiasa berniat dan berdoa setiap kali melakukan hubungan kelamin dan sewaktu mengambil Program untuk kehamilan ini.

 

 

 

TIPS UNTUK LELAKI

 

7 PERKARA YANG HARUS DIHINDARI LELAKI AGAR BOLEH MEMPUNYAI ANAK

 

   Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Setiap pasangan suami isteri pasti menyimpan impian untuk    menimang cahaya mata bagi menceriakan bahtera perkahwinan. Namun tidak semua pasangan beruntung berjaya   memperoleh anak sebagaimana yang diimpikan. Suatu masa dahulu bila perkara seperti ini terjadi wanitalah yang sering    dipersalahkan. Namun kini telah wujud kesedaran bahawa kegagalan mendapatkan anak boleh juga disebabkan oleh   masalah yangh disebabkan oleh kaum lelaki dan bukan wanita semata mata.

 

  Faktor gaya hidup dikatakan sebagai antara penyebab yang mempengaruhi kesuburan lelaki. Tahukah anda ada tujuh   perkara yang harus lelaki hindari jika mereka ingin mempunyai anak .Antaranya ialah :

 

1. MANDI AIR PANAS ATAUPUN SAUNA

Kesuburan lelaki berada dalam keadaan baik bila dijaga dalam suhu yang tidak terlalu tinggi, iaitu beberapa darjah lebih rendah daripada suhu normal tubuh.  Mandi air yang terlalu panas dan memakai seluar yang terlalu ketat atau sintetik akan membuat testis menjadi panas dan mempengaruhi produksi sperma.

 

2. Berbasikal

Kajian yang dilakukan oleh University Of Southern California membuktikan
bahawa tekanan terus menerus padel basikal boleh merosakkan arteri dan saraf yang  terdapat pada penis. Pilih padel basikal yang ergonomis untuk menghindari tekanan seperti ini.

 

3. Stress

Kajian oleh Jabatan Fisiologi, Medical College of Ohio menunjukkan bahawa stres kecil dapat membuat kadar testosteron lelaki dan sperma yang dihasilkan menurun.

 

4. KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Terkena radiasi dan bahan kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma serta menyebabkan kerosakan genetik pada anak-anak. Demikian hasil kajian McGill dari Universiti di Montreal, Kanada.

 

5. Ubat-ubatan Tertentu

Tanyakan pada doktor anda, apakah kesan sampingan ubat-ubatan yang sedang dijalani pada fungsi seksual. Banyak ubat-ubatan termasuk ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi, kanser bahkan infeksi bakteria dapat menyebabkan masalah kesuburan dan penurunan produksi sperma.

 

 

 6. Merokok

Penelitian - penelitian yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok menghasilkan sperma lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Lebih baik hentikan kebiasaan ini kerana isteri dan anak yang dikandung akan menjadi perokok pasif.

 

 7.  Makanan Tidak Seimbang

Hindari makanan yang tidak sihat dengan menggantikannya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, susu dan daging tanpa lemak. Dengan demikian anda akan cukup sihat untuk menjadi seorang ayah.

 

 ****************

 

BEBERAPA TIPS UNTUK HAMIL

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-

Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual:-


Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.

Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-


Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami:-


Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks:-

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda:-

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.

Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.

Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.

 

WANITA DAN KESUBURAN

Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita?
Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita?


Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.

Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.

Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.

Waktu subur boleh dikenalpasti sendiri melalui:

1. Pusingan Haid (menstruasi):

Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur. Pegeluaran benih akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama darah haid keluar).

Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.

Oleh yang demikian adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan cahaya mata senantiasa merekod tarikh bagi keluaran haid dalam buku catatan khas - yang mengandungi carta suhu badan.

Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

2. Catatan Suhu Badan:


Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.

Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut:

1. Ujian Darah:

Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

2. Ujian D & C:

Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak.

3. Pemeriksaan Fizikal:

Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah:

* Buah dada
* Kilang tiroid pada leher
* Sistem peranakan.

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

4. Pemeriksaan Laparoskopi:

Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

5. Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)

Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.

 

Mengikut Pendapat Ulama

Iman Shafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunnat membuat seks (jimak) dengan isteri. Malam-malam itu ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.

Tidak menjadi kesalahan melakukan seks setiap malam, tetapi dikhuatiri zakar dan buah pinggang akan menanggung risiko yang berat, terpaksa bekerja setiap hari. Berilah ruang untuk rihat kepada tenaga batin - pendapat Dr Nik

' Nabi berpesan, " Sekiranya kamu merasa akan turunnya mani, janganlah cepat-cepat kamu mencabut zakarmu. Biarkan dahulu sehingga isteri kamu juga turut sama turunnya mani. Ini kerana pada saat itulah terletaknya punca kenikmatan yang amat sangat bagi pasangan suami isteri yang berjimak."

[ Jauhilah ZINA kerana zina itu membawa malapetaka kepada semua manusia. Ia dapat memusnahkan lelaki dan perempuan, Senang mendapat jangkitan gonorrhoea, siflis , herpes atau HIV ]


Seks Yang Sempurna & Memuaskan

Seks aadalah satu-satunya keprluan lelaki yang tidak boleh diperolehi diluar rumah ( berzina ). Setiap lelaki inginkan seorang isteri memberi layanan first class terhadap seks.

Kenapa harus suami 'makan yang haram' diluar, padahal dirumah ada yang halal ?

Seorang kawan saya menjawab:. " Dirumah isteri tidak pandai melayan nafsu seks suami !"

Sambil selamba seorang kawan lagi berkata," Kenapa perempuan Siam lebih pandai melayani nafsu seks lelaki ? dan mereka lebih bagus dan faham kehendak lelaki !"

Pesanan Untuk Isteri

Apakah wanita Melayu tidak pandai ? Atau pun, apakah isteri kita tidak pandai ' buat seks' ?

Semuanya itu adalah alasan semata-mata.

Seandainya perempuan Melayu atau isteri kita dirumah pandai melayani kehendak suaminya, saya rasa kehebatan dan kehangatan wanita Melayu akan tersohol dan mengasyikkan.

Disini saya ingin perurunkan beberapa petua yang harus dibaca dan diamalkan oleh setiap orang yang bergelar - wanita Melayu, Isteri dan Perempuan.....

Dirumah makan malam lebih awal 1 atau 2 jam sebelum setubuh.

No.1: Siapkan Diri anda sekurang-kurangnya satu jam sebelum hubungan kelamin dengan mandi,berus gigi, cuci mulut dan cuci faraj dan pakai pakaian seksi yang nipis dan menghairahkan serta pakai sedikit bauan halus dan lembut.

No 2: Goda Suami: Godalah suami anda sebaik mungkin dengan duduk disini suami. Jika suami kelihatan malas, usik dia sehingga menaikkan berahi dengan aksi-aski menarik anda, katakan;' kononnya seperti perempuan siam'. Apa salahnya kan ini suami anda yang sah dan perkara yang anda lakukan ini adalah halal dan sunnat !

No.3: Jangan sekali-kali menanti pelukan suami anda. Anda adalah seorang isteri, seorang wanita yang harus mengoda suami anda. Anda harus memberi semua yang terbaik yang ada pada diri anda untuk suami anda, anda mahu suami sentiasa ingat dan sayangkan anda.

Nah ! lakukan apa saja yang anda fikir dapat mengoda suami anda, lakukan sekarang, jangan biarkan perempuan lain mengodakan suami anda !

Jangan malu, Jangan takut dan jangan Malas. Itu semua adalah nasihat syaitan.

Kalau dia masih duduk di kerusi, anda himpitkan diri anda dekat-dekat dia, usik si ' anu' dia, kalau dia angkat tangan anda ketepi, anda himpitkan dia kuat-kuat, jika dia masih tidak respon, bisikkan pelahan-lahan ditelinganya untuk ke kamar, lihat TV di kamar dan jika dia masih gagal untuk bangun, pelahan-lahan tarikkan tangannya dan letakkan tangannya ke'anu' anda.

Tidak dinafikan ada lelaki liat 'buat seks' dengan isteri namun anda harus bersabar, kerana kadang-kadang 'suami' anda ini sememangnya 'tidak ganas' dan 'dianggap 'suami berjurus' [civic] - bersabarlah

 

 

************ ARTIKEL ************  

 

BAGAIMANA BERAT BADAN BOLEH MENGGANGGU KESUBURAN?

Banyak kajian membuktikan, berat badan berlebihan yang keterlaluan ada kaitan dengan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), iaitu antara punca utama masalah kesuburan.

Obesiti pada wanita boleh:

* Mengganggu proses ovulasi (penghasilan telur) atau tiada ovulasi langsung. Gangguan hormon menyebabkan pembesaran telur tidak sempurna atau tidak mencapai saiz yang diperlukan untuk ovulasi.
* Mengganggu kitaran haid.
* Memanjangkan tempoh rawatan untuk hamil. Jika mengandung pun, kandungan tidak stabil, terutama dalam tiga bulan pertama.
* Kurang respons atau tindak balas badan terhadap ubat kesuburan atau suntikan hormon.
* Memerlukan dos ubat atau suntikan yang tinggi.
* Risiko keguguran tinggi.
* Risiko tinggi menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi ketika mengandung.
* Meningkatkan risiko kecacatan bayi.
* Meningkatkan risiko bayi dalam kandungan bersaiz besar.

Wanita terlalu kurus:

* Kurang rembesan hormon.
* Kurang nafsu untuk hubungan seksual.
* Peratusan implantasi embrio dalam rahim lebih rendah.

Lelaki obes dan terlalu kurus:

* Jumlah sperma kurang.
* Jumlah sperma yang berbentuk tidak normal tinggi.

 

CYST DAN FIBROID (CYST AND FIBROIDS)

Cyst ialah cecair yang berada di dalam kantung yang terjadi dibawah kulit dan boleh terjadi di payudara, ovari dan di vagina, dan kadang-kadang tidak mengganggu kehidupan seharian seseorang wanita sehinggalah cyst tersebut menekan sesuatu organ atau saraf sehingga mengakibatkan kesakitan.

Fibroids pula ialah ketumbuhan yang bukan kanser yang tumbuh di atas atau didalam dinding uterus, dan menyebabkan kencing berdarah, merasa sakit sewaktu melakukan hubungan kelamin, pundi dan usus terasa tertekan.

 

 

 

MASALAH PCOS

 

Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui. Mungkin satu
keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada
enzyme yang mengawal pembentukan hormon. Oleh itu biasanya jika
dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut
terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu

1. tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi,

2. hormon progesterone – rendah,

3. hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi.

Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan
peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita
tersebut.

Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit
ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis
makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan
pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian
penyakit PCO.

Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari
suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik
dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika
memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penaykit
ini.


Rawatan

i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan
kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor
dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami
ketidaksuburan ataupun kemandulan.

ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak
antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya
lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari."

 

 

 

ENDOMETRIOSIS, FIBROID HALANGI KEHAMILAN

Endometriosis dan fibroid ialah ketumbuhan benigna pada tisu berserat dan berotot yang sering menyebabkan kesakitan dan pendarahan haid berlebihan — antara punca utama yang mengganggu kesuburan wanita.

Endometriosis ialah lapisan tisu yang sepatutnya melapisi dinding dalam rahim (uterus) ada di luar rongga uterine atau pada otot rahim. Biasanya di atas permukaan organ dalam pelvik dan abdomen.

Endometriosis boleh dianggap tumor atau ketumbuhan baru (neoplasma) yang bertindak setempat dan boleh merebak. Ia bukan barah, tetapi boleh merebak seperti barah.

Malangnya, sehingga kini punca endometriosis belum diketahui secara tepat, tetapi saintis di seluruh dunia percaya ia ada kaitan dengan aliran balik darah haid ke dalam uterus (rahim).

Namun, seperkara penting yang perlu anda tahu, endometriosis berkait rapat dengan ketidaksuburan. Ada laporan kesihatan menyatakan antara 15 hingga 24 peratus wanita yang tidak subur mengalami masalah endometriosis, manakala antara punca ketidaksuburan bagi 70 hingga 80 peratus wanita lain tidak diketahui.

Endometriosis biasanya didapati di atas atau bawah ovari, belakang uterus, atas tisu yang memegang uterus, atas usus atau pundi kencing. Dalam sesetengah kes, endometriosis boleh tumbuh di dalam paru-paru atau organ lain, tetapi kes seperti ini jarang berlaku.

Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (Mamaneh) yang juga pakar perunding kanan perbidanan dan sakit puan, Profesor Dr Nik Mohd Nasri Ismail, berkata endometriosis turut menyebabkan wanita kerap mengalami masalah sakit perut, terutama ketika haid (dysmenorrhea).

Selain itu, simptom endometriosis termasuk:

· Sakit ketika melakukan hubungan seks (dyspareunia).

· Sakit ketika penghasilan telur.

· Sakit pinggang (belakang badan).

· Rasa sakit hendak buang air, terutama ketika haid.

· Pendarahan sebelum atau antara waktu haid.

· Tidak subur atau sukar hamil.

· Gangguan haid, sama ada terlalu banyak atau sedikit.

· Gangguan kesihatan, terutama ketika haid seperti cepat penat dan tiada semangat.


Bagaimana endometriosis boleh menyebabkan ketidaksuburan?

Setiap bulan, tisu endometrium akan membiak dalam rahim dan membentuk satu lapisan seperti dinding. Lapisan ini akan menebal pada awal kitaran haid sebagai persediaan menerima telur tersenyawa (embrio).

Bagaimanapun jika tiada, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid.

Endometriosis yang ada di luar rahim juga akan mengalami proses sama seperti dalam rahim dan berdarah setiap bulan. Bagaimanapun, oleh kerana tisu ini ada di tempat tidak sepatutnya, ia tidak boleh keluar dari badan seperti lapisan endometrium dalam rahim.

Pada masa sama, tisu ini akan menghasilkan bahan kimia yang boleh mengganggu tisu lain dan menyebabkan rasa sakit. Lama kelamaan, lapisan endometriosis ini semakin tebal dan membentuk benjolan atau sista (kantung berisi cecair) dalam ovari.

Endometriosis perlu dibuang segera kerana ia akan menyebabkan:

· Tiada penghasilan telur.

· Folikel tidak pecah.

· Luteolisis.

· Oosit tidak matang.

· Hubungan seks menjadi sakit dan ini mengakibatkan ia jarang dilakukan.

· Kadar keguguran yang tinggi (45 peratus).

Dr Nik berkata, endometriosis boleh wujud di dalam ovari, belakang rahim, di atas otot rahim, usus kecil, vagina dan kadangkala di paru-paru. Ovari boleh jadi besar dan bengkak jika dipenuhi endometriosis.

Malah, endometriosis juga boleh menyebabkan kerosakan fungsi tiub fallopia, ovari serta menjadikan organ dalam pelvis berparut dan melekat antara satu sama lain yang lebih menyukarkan seseorang wanita itu untuk hamil.

Seperti dikatakan tadi, endometriosis bukan barah dan ia boleh dikesan melalui pembedahan laparoskopi, tetapi pesakit perlu mendapat rawatan segera kerana endometriosis adalah penyakit yang sentiasa ‘berkembang’.

Fibroid dalam rahim pula adalah masalah ketumbuhan paling biasa yang dihadapi antara 20 hingga 40 peratus wanita, terutama selepas 35 tahun. Ia boleh wujud sendirian atau berkumpulan; ada juga pesakit yang mempunyai 200 fibroid dalam rahimnya.

Malah, fibroid boleh wujud di pelbagai tempat, tetapi biasanya di dalam atau luar rahim, serviks dan ligamen besar. Kebanyakan fibroid bersifat asimptomatik atau tidak menunjukkan gejala penyakit.

Antara simptom utamanya termasuk perut buncit yang ketara, sakit (disebabkan berlakunya jangkitan) dan memberi tekanan pada pundi kencing, mengakibatkan pesakit sukar membuang air kecil.

Ada kala pesakit juga mengalami sindrom urat timbul (vena varikos) terutama jika fibroid terlalu besar, sembelit serta gangguan kitaran haid, sama ada haid menjadi banyak dan menyebabkan anemia, berdebar-debar, lesu serta sakit dada.

Dr Nik berkata, tanda fibroid lain adalah apabila uterus membesar dengan bentuk dan permukaan tidak sekata, keras dan boleh bergerak. Kadangkala ia boleh wujud bersama endometriosis.


Bagaimana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan?

· Fibroid menyempitkan ruang dalam rahim dan menghalang embrio daripada melekat di dinding rahim (yang berlaku pada hari keenam dan kelapan) selepas persenyawaan (ovulasi).

· Permukaan fibroid tidak mampu menjadi tapak perlekatan embrio kerana ia kekurangan bekalan darah dan embrio yang melekat padanya akan mudah gugur; menyebabkan keguguran.

· Lapisan uterus boleh mengecut atau mengembang; kedua-duanya tidak sesuai untuk perlekatan embrio.

· Kehadiran fibroid boleh menghalang pergerakan sperma ke salur tiub fallopia.

· Fibroid pada serviks boleh mampat ke saluran serviks dan mengubah kedudukan serviks ke tengah vagina selepas hubungan seks.

· Fibroid yang besar mungkin menolak ovari jauh dari rahim menyebabkan ovum (telur) sukar untuk disenyawakan.

 

 ***************************

PENYAKIT ENDOMETRIOSIS






Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.
 

 

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari
selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim.
Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar `darah kotor' atau darah haid.


`Chocolate cyst' – Endometriosis dalam ovary.
Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?
Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.
 

Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada
kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.
 
Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.
 
http://conganat.uninet.edu/6CVHAP/conferencias/figure-3g-garcia.jpg


Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
 

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan
berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .
 

 

Apakah tanda-tanda atau gangguan?
 
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.  Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
 
Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.
 

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.
 

 

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul?
Sebenarnya ada beberapa penjelasan. Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih. Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor. Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.
 

 

Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita. Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. 

 

 

 Keguguran

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal.
Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan
endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin.  Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.

Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.
 

 

Pengesahan penyakit endometriosis.

Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit
endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian.  Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.
 

 

Rawatan penyakit endometriosis

Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.
 

 

Pembedahan untuk membuang endometriosis
 
Jika terdapat `chocolate cyst' ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali. Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.

Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan
tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan.

Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali. Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan
lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi. Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.
 

 

Bolehkah penyakit berulang?

Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar. Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.

Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.
 

 

Pembedahan buang rahim (hysterectomy)

Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan
pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.
 

 

Rumusan

Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita.  Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

 

Last Updated ( Friday, 30 July 2010 )