DAFTAR UTK CHAT
MENU UTAMA
| Menu Utama |
| Cara Buat Pesanan |
| Motivasi Untuk Kita |
| WORLDWELLNESS NETWORK |
|---|
|
:: Our Latest Networking Business :- Worldwellness Network (WWN) :: |
| JOM SERTAI BISNES WORLDWELLNESS DGN KAMI! |
|---|
|
Pengalaman kejayaan saya dlm MLM terdahulu telah menjadikan Team Ekin Wellness antara yg berjaya dgn pantas hasil ilmu dan pengalaman terdahulu. Jom suksess bersama |
BAYAR ONLINE
Maybank 5122 4005 2263 |
| CIMB 1228 0065 3095 21 |
Statistics
Members: 5606News: 176
WebLinks: 4
Visitors: 1087703
| Kisah Kejayaan CD Syikin |
|
| Written by admin | |
| Thursday, 29 November 2007 | |
|
Kenali Diriku & Pencapaianku dalam DCL.. Salam Perjuangan.. Salam Kasih Sayang.. Salam Motivasi..Nama aku Norashikin Mat Jana.. asalnya aku buat bisnes ni utk cari side income.. dan akhirnya aku terjebak dalam dunia Multi Level Marketing.. jgn salah anggap.. aku ni antara manusia paling tak minat dgn MLM.. klu ada org nak jumpa, cite pasal MLM, kimsalam bebanyak.. tak free ar.. 5 tahun dulu, aku hanya surirumah sepenuh masa, cari extra income dgn bisnes internet. Menjual produk kecantikan dan kesihatan yg diiklankan di majalah. Di internet juga aku mengenali sahabat yg perkenalkan dgn produk DCL. Asalnyan aku buat DCL ni sekadar suka-suka, nak tambah jualan. 1st month aku promote produk DCL ni, dpt vaucer RM16.80. 2nd month, cheque RM300 berserta pangkat Ruby Manager beb.. dalam hati aku gelak ar.. surirumah jadi Manager.. kih kih kih.. belasah je la.. janji ada duit masuk.. biasa la kan.. bila dapat duit.. makin bersemangat dan makin rajin tlg daftarkan kawan kawan.. Perjalanan pengembaraan aku dlm DCL agak istimewa, yg mana dr hari pertama aku sertai DCL hingga ke hari ini, x pernah bertemu dgn penaja aku. Mungkin sebab itu aku lebih berdikari dan tinggi semangat juang. Korang yg yg ditaja dan berada di bwh naungan leader hebat di dpn mata ni bertuah la sangat.. . Apa yg korang perlu, duplikasi je apa leader korang buat.. bukan susah.. klu tak paham ko tanya je.. dan tugas upline utk bimbing.. kalau nasib korang sama cam aku, payah le sket kerja.. tapi tiap kepayahan.. pasti akan dapat balasan yang maveles.. percayalah.. Kalau aku yg cetek ilmu dan teraba raba boleh jd CD, takkan korang tak bleh kut.. malu ar... Jom layan lagu keramat.. lagu motivasi.. IMPIAN DCL.. dan hayati bait bait ayat... klu tak naik semangat, wa tak tau la.. Antara Artikel DCL yg terselit muka aku.. best wo.. tgk wajah sendiri kat artikel.. Glamer you.. Artikel aku yang terbaru.. keluar kat Majalah MIDI keluaran February 2009 Ni
Artikel aku yg pertama keluar di Info DCL keluaran Julai 2007.. Untuk
pertama kalinya dalam Sejarah DCL, seorang Leader DCL dari dunia
Internet muncul.. takazut gak le Dato Stapa.. mana plak datang budak
ni.. tetiba jadi Crown Director.. Dato sendiri terkejut.. ada group
underdog yg tetiba meletupkan DCL di dunia cyber.. dan team itu adalah
team aku le tuh.... Ni
plak keratan akhbar keluar kat Surat Khabar Kosmo.. aku antara Pelayak
Tabung Kereta DCL yg ke 24 tunai.. hehehe.. bangga mak aku tgk muka
anak dia keluar suratkhabar kerana Pengiktirafan.. keluar cite bebaik
je ar.. mesti sejuk perut mak aku ngandungkan aku.. hehehe... Ni Plak gambar yg keluar kat Majalah Impian DCL.. bersama kete Wish hitam legam kesayangan aku.. APA BESTNYE JADI AHLI DCL DENGAN KAMI? Setelah 5 tahun menyertai DCL, dan dengan komitmen padu dari Rakaniaga, dengan bangganya Syikin ingin warwarkan bahawa group dari team kami adalah yg terbesar menguasai DCL secara online. Jom sertai Group kami.. dan dengan pengalaman yg ada, kami akan membimbing anda dari segi penggunaan produk yg betul, mendapatkan info DCL terkini secara online.. tak kira di mana saja anda berada, kita boleh berbincang di web milik saya... jangan plak tunggu saya contact anda tiap hari, cikgu tak cari murid tau.. anda boleh aktifkan diri di web milik saya, www.kedai2ekin.com kita boleh berdiskusi sambil bertukar pendapat dan info secara online setiap hari.. dan syikin sendiri memang menjalankan biz online secara sepenuh masa.. online setiap hari ~ Isnin hingga Jumaat dari pagi hingga ke malam.. dan dibantu oleh sahabat yg berpengalaman di web syikin... Tapi kami bukan hanya buat online je taw! jika anda memerlukan kami turun padang, insya Allah kami akan penuhi permintaan anda.. tak caya nanti lihat bukti aktiviti team kami kat tajuk lepas ni.. * Anda berhak menggunakan Info dan Testimoni dari website ini utk tujuan promosi.. website ini memang utk rujukan para ahli bawah naungan kedai2ekin.com, kedai-e & ekedai2u. Tapi sekiranya anda BUKAN ahli bawah group ini, sila dapatkan kebenaran dahulu sebelum menggunakan apa-apa info.. kalau main cilok je tanpa kebenaran pemilik, anda tau kan apa hukumnya... lagi satu.. pada ahli DCL yg berdaftar dgn saya, yg betul-betul commited buat DCL.. ada xtra benefit.. anda juga boleh beli produk bukan DCL.. dari web www.kedai2ekin.com dgn harga special.. kalau nak buat biz pun boleh.. nanti kita diskas ye.. ![]() TIPS NAK BERJAYA? On Paper memang nampak senang.. tapi bukan senang nak senang beb! maaf cakap, bukan nak kureng adab.. Lecturer U dalam bidang Business pun blum tentu bleh berjaya dalam MLM... tapi dengan pengalaman aku sendiri 5 tahun dalam bidang ni, try & error.... aku menapak dari nobody hingga ke tahap Crown Director, bleh le nak share dgn korang.. Ni le antara tips utk anda yg ingin bergiat aktif dan berjaya dalam DCL.. 1. Anda guna sendiri produk yg anda nak jual 2. Pastikan produk itu betul-betul berkesan dan jadikan diri anda sendiri testimoni 3. Promote produk tersebut kepada rakan, forum, yahoogroup 4. Pastikan produk tersebut berkesan pada customer anda 5. Bila produk berkesan, dengan sendiri customer akan bertukar menjadi downline dan
bila mereka duplicate apa yg anda buat dari step pertama, anda akan
merasa hasilnya.. tapi anda masih perlu terus berusaha dan menjaga
network, servis downline.. jgn duduk goyang kaki, lepas tangan dan
biarkan dline anda terkontang kanting mencari info sana sini.. ILMU! ILMU! ILMU!!!! benda paling penting dalam bisnes.. Duplikasi apa saja org yg dah berjaya buat.. klu aku soh gi seminar, korang kena pergi.. dengar cakap pakar.. hehehe.. Saya
sendiri telah membuat apa yg saya sebutkan di atas sejak 5 tahun lalu..
dan sekarang saya dah merasakan hasilnya. Setiap hujung bulan, tidak
pernah Cheque Bonus MLM yg saya buat tak sampai ke tangan saya..
SAYA ~ CROWN DIRECTOR NORASHIKIN MAT JANA
Sebenarnya panjang lagi yg saya tulis.. tapi bahagian Admin DCL minta edit.. tak muat kat info tu.. hehehe... Ni versi asal.. Setelah
mencuba produk DCL dan mendapat kesan yg positif, tanpa ragu-ragu saya melangkah
ke Ibu Pejabat DCL di Wangsa Melawati, menjadi ahli pada bulan Jun
2004. Bermula dari jadi ahli sekadar suka-suka, namun apabila mendapat
bonus pertama, membuatkan saya seronok dan terus aktif dalam DCL. Menjalankan
perniagaan sepenuh masa secara online menuntut saya melayari internet setiap
hari sehingga ada sahabat menggelar saya `Penagih Internet Tegar’. Namun `ketagihan’ ini
tidak sia-sia. Hasil dari berkongsi testimoni, info dan kebaikan produk
DCL dibalas dengan kunjungan cheque Bonus dari DCL setiap bulan dimana angka yg
tercatat di cheque setimpal dgn usaha yg dilakukan. Atas usaha yg berterusan,
saya mencapai pangkat Diamond Director pada December 2005. Membina
rangkaian DCL melalui internet juga tidak sunyi dari dugaan dan rintangan,
lebih-lebih lagi upline jauh nun di Sabah. Berpegang pesan Pengasas `Org
Berjaya Mencari Cara, Org Gagal Mencari Alasan’ dan CA
Kamaruzaman, `Setiap Dugaan Yang Kita Hadapi, Ada Kejayaan Menanti Kita
Di Depan Sana,’ saya kuatkan semangat dan terus berjuang.
Memandangkan sebelum menyertai DCL, saya tidak langsung tahu apa itu
perniagaan Multi Level Marketing, saya pernah membuat kesilapan dalam DCL.
Namun teguran membina pihak pengurusan DCL dan sokongan tanpa jemu Rakaniaga,
menyuntik kekuatan untuk saya terus menempuhi segala rintangan. Kejayaan saya
mencapai pangkat Crown Director membuktikan DCL telah diterima dengan
baik di pasaran Internet hasil usaha jitu Rakaniaga yg dikasihi. Terima kasih
sahabatku, tanpa kalian siapalah diriku. Setinggi
penghargaan buat Pengasas dan juga idola saya dalam dunia bisnes, Dato’ Stapa
dan Datin Azlina kerana sentiasa mengeluarkan rangkaian produk terbaik
sekaligus mengangkat martabat DCL di dunia Internet. Tak lupa kepada CD Jauhar
yg byk memberi tunjuk ajar, suntikan motivasi dari CD Zulkifli , CD Murshidi
dan CA Kamaruzzaman yg membangkitkan semangat utk terus berjuang serta
perkongsian ilmu produk dari CA Azlan dan DD Dr Rani yang amat berharga. Jutaan
terima kasih utk DD Dr Abd Rani, DD Abd Halim Kechut dan DD Noor Aisah (Opah)
atas ilmu yang telah dicurahkan sejak kami mula mengenali DCL hingga kini. Kepada
Rakaniaga dikasihi yang diterajui oleh Pemimpin DCL Internet Terhebat, DD
Khamisah Mohd Jamil, DD Noraniza Anwar dan DD Lela Rohaya Abd Samad dan PD
Akmaludin Mustajid, terima kasih atas komitmen padu yang diberikan. Sokongan
berterusan kalian memberi semangat untukku terus melangkah gagah dalam
perjuangan ini. Semoga Allah memberkati usaha kita menguasai DCL melalui
Internet ke seluruh dunia. Terima kasih juga buat upline EM Esther, kerana
perkenalkan DCL yang telah mengubah hidupku serta tunjuk ajar jarak jauh
oleh CD Christoper J Molie dan CD Johari Nasir. Untuk
suamiku PD Mohd Khairi, sokongan, semangat dan pengorbanan yang diberikan dalam
perjuangan ini amat dihargai dan buat cahayamata yg kukasihi, Khayrin
Nuraina dan Khayrin Nuraisya, kalian adalah kekuatan untuk ibu terus berusaha
sambil melihat kalian membesar depan mata. Untuk Pejuang DCL
Internet ~ Yakinlah, Anda juga mampu membina kejayaan dalam DCL dgn kuasa
keyboard yg ada di tangan anda! Salam Perjuangan. Jumpa Anda di Kelab Jutawan DCL..
MAJLIS PENYERAHAN BLAZER CROWN DIRECTOR
Syikin menerima sarungan Blazer dan Pludge Crown Director Dari Pengasas 2 ~ Dato Azlina
![]()
![]() ![]() ![]()
Syikin menerima sarungan Blazer dan Pludge Crown Director Dari Pengasas 2 ~ Dato Azlina
![]()
|
|
| Last Updated ( Friday, 30 July 2010 ) |
Who's Online
We have 7 guests online| :::Klik Nama Produk utk Info::: |
PRODUK BIODEX
| Program Kehamilan Biodex |
| Sukar Hamil? Jom baca Tips & Info |
EVOLLE & MIOR BAR
| Evolle Miracle Bar |
| Mior Miracle Bar |
| Soal ~ Jawab ~ Testimoni |
SET BERSALIN
| Leesa Confinemum |
| Nona Roguy (NR) |
| Sendayu Tinggi~Ammy 60 |
| Salindah |
|
|



























