DAFTAR UTK CHAT

Username

Password

Remember me
Forgotten your password?
No account yet? Create one
WORLDWELLNESS NETWORK

:: Our Latest Networking Business :- Worldwellness Network (WWN) ::

JOM SERTAI BISNES WORLDWELLNESS DGN KAMI!
Pengalaman kejayaan saya dlm MLM terdahulu telah menjadikan Team Ekin Wellness antara yg berjaya dgn pantas hasil ilmu dan pengalaman terdahulu. Jom suksess bersama

PERUNDING www.kedai2ekin.com


syikin
syikin72
syikin72@gmail.com


Khairi
013 3696659
hairi_jr@yahoo.com

Statistics

Members: 5566
News: 176
WebLinks: 4
Visitors: 1085958
Motivasi utk kita E-mail
Written by admin   
Wednesday, 26 September 2007

Segmen Motivasi utk panduan kita..

semoga kita semua dapat kebaikan

dari segmen ini.. 

Suntikan Motivasi yg dipetik Dari blog  Irfan Khairi dan Blog Keusahawanan Internet... aku selalu
skodeng web blog utk baca tips perniagaan dan motivasi.. free je.. hihihihii..

Kat sini syikin cilok sket ayat power yg memberi semangat dan motivasi  utk panduan diri sendiri
dan kengkawan.. TQ ye Irfan &  owner BKI....  Semoga ilmu yg diturunkan dibalas dgn
kebaikan dan rezeki yg murah.. Amin.. 

 

Masih lagi tip Gerak Usahawan…

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang jadi usahawan, biar jadi USAHAWAN JUTAWAN!

  • 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Itu semua tahu :)
  • 74% jutawan di dunia adalah daripada bidang perniagaan!
  • Kebanyakan perniagaan yang berjaya kini, bermula sebagai perniagaan sambilan atau perniagaan kecil-kecilan, termasuk, Micorsoft, Dell, Body Shop, Selangor Pewter, Irfan Khairi Sdn Bhd dan banyak lagi!

Menjadi usahawan adalah matlamat yang agak mudah. Tetapkan matlamat anda untuk menjadi usahawan jutawan.

Tuliskan matlamat tersebut atas kertas supaya ia memasuki minda-separu sedar anda dan minda anda akan berusaha mencari peluang-peluang menjdai usahawan jutawan!

Keusahawanan adalah kerjaya pilihan. Dan alang-alang menjadi usahawan, biar jadi usahawan jutawan!

 

Tak kira betapa hebat kita merancang atau bersedia dgn ilmu yang ada, ada kalanya perancangan kita tidak menjadi.

 

 

Seperti kita semua ketahui, gagal sekali dua, bukan bermakna selamanya… walaupun 2 perancangan besar saya tidak menjadi untuk tahun ini, bermacam-macam lagi peracangan yang menjadi pada tahun ini :)

Pengajaran? Lakukan banyak perkara! Mat salleh kata, don’t put all eggs in one basket. Cuba bina aliran pendapatan berganda dari berbagai-bagai arah.

Sekiranya satu idea tidak menjadi, anda mempunyai 10 lagi idea lain. Sekiranya 1 perniagaan gagal, anda mempunyai 5 lagi perniagaan yang berjaya.

Bila sesuatu tidak menjadi, usah risau, gundah atau frust. Ia hanya menunjukkan kita ni manusia biasa dan kita hanya merancang & berusaha. Apa yang membezakan dengan mereka yang terus berjaya & mereka yang terus gagalan adalah…

Lebih banyak perancangan & lebih banyak usaha! ;)

 

 

 

Cuba fikirkan…

Masa kita kecik-kecik dulu, zaman salah seorang sahaja ibu bapa kita bekerja. Selalunya bapa, ibu jadi suri rumah…

Zaman sekarang, lihat diri kita (atau abang/kakak kita bagi yang muda-muda), zaman sudah berubah di mana kedua suami & isteri perlu bekerja untuk menampung keluarga akibat ekonomi meningkat…

Fikirkan apa akan jadi 5 tahun lagi, 10 tahun lagi, atau 20 tahun lagi…

Bagaimana suami & isteri perlu menampung keluarga?

Pakar-pakar perniagaan berfikir, dalam satu masa nanti, kesemua keluarga perlu memikirkan memulakan perniagaan secara “part-time” untuk menampung keluarga. Ini kerana, ekonomi semakin naik, harga barang semakin naik dan yang penting sekali, lifestyle semakin meningkat.

Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya “makan gaji” kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan dimestikan!

Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, fikirkan ini. Mulakan perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari nanti ;)

Soalan…

  1. Bagi anda yang belum memulakan perniagaan, apakah yang menghalang anda dari memulakan perniagaan? Mungkin rakan-rakan sini dapat membantu.
  2. Bagi mereka yang dah ada perniagaan, apakah penghalang sebelum memulakan perniagaan? Mungkin dapat kongsikan pengalaman bagi mereka yang belum memiliki perniagaan.

 

 

 

 

 

Sedikit survey…

Beberapa minggu lepas, saya ada menulis “Lain orang, lain cara motivasi”

…Bagi mereka yang tidak berduit, mungkin wang dapat menjadi sebagai motivasi untuk bekerja. Bagi mereka yang sudah kaya-raya, wang bukan lagi motivasi untuk bekerja. Jumpa seseorang yang tidak makan 2-3 hari, makanan adalah satu motivasi. Sekiranya jumpa pasukan bola sepak yang tidak pernah menang, kemenangan adalah satu motivasi. Jumpa orang yang sudah berjaya, pengiktirafan mungkin menjadi motivasi. Jumpa orang yang sering gagal, kejayaan yang kecil sahaja pun adalah satu motivasi… 

Soalan: “Apa yang memotivasikan anda?”

Apakah yang memotivasikan anda? Apa yang memberi anda semangat untuk mencapai cita-cita? Bagaimanakah cara terbaik untuk memotivasikan diri anda sendiri? Apa yang membuat anda bermotivasi?

Jawab, jangan tak jawab ;) Dengan menjawab persoalanan ini, anda dapat lihat sejauh mana anda mengenali diri anda sendiri. Boleh jawab?

 

 

Susulan daripada pendapat anda semalam- terima kasih kerana berkongsi suara, apa kata kita rujuk kembali “asas” motivasi melalui Hirerarki Keperluan Maslow

Hirerarki ini menunjukkan mengapa setiap orang mempunyai motivasi yang berbeza berdasarkan keadaan semasa.

 

maslow1.gif

 

Menurut Maslow, keperluan motivasi kita perlu dipenuhi (atau hampir dipenuhi) daripada ruang paling bawah sekali sebelum naik ke ruang atas.

Kebanyakan dari kita berada di ruang Orange & Kuning (Safety & Love/Belonging). Mereka yang sudah berjaya berada di ruang Hijau & Biru (Esteem & Self Actualization) oleh kerana ruang yang lain telah dipenuhi.

Dengan memahami hirerarki Maslow ini, kita dapat mengetahui situasi motivasi kita. Dimana kita kini, di mana kita sebelum ini dan juga ke arah mana motivasi kita menghala. Juga, dengan memahami setiap ruang, kita akan mengetahui dimanakah kita akan meletakkan kepentingan motivasi kita.

Jawapan “apa yang memotivasikan anda” terdapat di dalam hirerarki ini.

Semalam, ada yang tanya apa yang memotivasi saya? Jawapannya adalah di ruang biru! Alhamdulillah, oleh kerana bagi saya, ruangan hijau, kuning, orange dan merah telah dipenuhi.

Bagi anda yang ingin membaca lebih lanjut mengenai ini bagi yang dah lupa subjek sekolah menengah dulu la ni :) , boleh rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Maslow’s_hierarchy_of_needs

ps: Selain dari  itu, anda juga dapat mengetahui bagaimana orang-orang yang berjaya berfikir dengan melihat keperluan mereka!

carbreak.gifApa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?

Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.

Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.

Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!

Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

 

 

Semalam saya ditemuramah oleh Saudara Ahmad Fadzli Yusuf untuk buku terbarunya akan datang. Ahmad Fadzli adalah penulis buku “55 Petua Orang Berjaya” bersama Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

Soalan dalam temuramahnya untuk saya adalah, sekiranya ada 3 elemen dalam menentukan kejayaan saya, apakahnya?

Susah juga hendak difikirkan oleh kerana perlu beri 3 sahaja… sedangkan, memang banyak elemen-elemen kejayaan yang perlu ada. Setelah difikirkan, maka 3 jawapan saya adalah:

  1. Passion… minat yang amat sangat
  2. Skill… boleh ditimba dan dipelajari dengan ilmu
  3. Hard work… persistence & berdisiplin

Simple & straight forward. Tetapi, selalunya yang simple & straight forward yang memberi pulangan lumayan kepada kita. Yang simple & straight forward juga yang selalu ramai tidak lakukan (pembaca tip satu minit sudah pasti lakukannya! :) ).

 

  

 

Change to Grow - Pn Azlina Abdullah.. Pengasas DNavechee & DCL

"Biarlah apa orang nak kata, saya tetap yakin pada diri sendiri dan tahu apa yang saya buat. Untuk berjaya kita perlu berani menanggung risiko dan sanggup berhadapan dengan realiti. Dalam perniagaan tiada jalan mudah"

Sememangnya, jalan menuju ke puncak bukanlah perkara yang mudah. Anak keempat daripada tujuh adik beradik ini telah memulakan kerjaya sebagai guru sandaran.

Pada awal pekerjaan, Azlina tidak menafikan kerjaya sebagai guru agak menyeronokkan. Namun keadaan itu hanya seketika sahaja. Wanita berasal dari Kota Baharu, Kelantan ini menganggap dunia perguruan ini tidak serasi dengan jiwanya. Minatnya lebih terarah untuk melakukan sesuatu yang lebih mencabar dan menguji kewibawaannya.

Justeru, Azlina tidak teragak agak untuk beralih ke dunia baru yang lebih mencabar. Dia menimba pengalaman di sebuah syarikat guaman pula. " Selama tujuh tahun saya bekerja di situ, saya banyak berjumpa dengan orang yang berjaya dan berada. Timbul rasa cemburu apabila melihat mereka berkereta mewah dan berpakaian berjenama. Melihat keadaan itu saya mula berfikir kenapa aku tak boleh berjaya seperti mereka."

"Saya mula membuat analisis dan membaca buku buku tentang rahsia kejayaan. Saya membina satu semangat untuk mencipta nama dan mahu berjaya seperti orang lain. Dorongan untuk berniaga sememangnya telah wujud dalam sanubari."

Mungkin tuah saya bermula dengan penglibatan saya dalam MLM. Dalam tahun 1996 saya telah nekad berhenti kerja dan melibatkan diri sepenuh masa dalam MLM. Saya buat apa yang orang berjaya buat. Ada 3 asas kejayaan yang perlu kita lakukan sekiranya ingin berjaya iaitu

1. Pilihan yang betul

2. Buat cara yang betul

3. Dan buat betul betul

Saya lakukan dengan bersungguh sungguh, saya tidak pedulikan apa orang nak cakap, saya tetap teruskan impian saya. Akhirnya dalam tempoh 6 bulan sahaja saya mampu memperolehi pendapatan 4 angka dan masuk bulan ke 8 pendapatan saya mencecah ke 5 angka.

Tapi - "ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari, akhir tahun 1996 syarikat yang saya bernaung bermasalah lalu saya terpaksa mencari jalan keluar dan dalam masa yang sama berbincang dengan suami untuk membuka syarikat jualan langsung sendiri.

Akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk menimba ilmu sebaik mungkin di dalam beberapa buah syarikat jualan langsung yang lain. Dan untuk itu saya dan suami berhijrah dari KB ke KL dan bekerja di salah sebuah syarikat jualan langsung.

Setahun saya menimba banyak ilmu dan selok belok tentang pengurusan dan penubuhan syarikat, maka awal tahuin 1998 bermulalah penubuhan syarikat jualan langsung saya sendiri yang dikenali sebagai DCL (De Classic Life (M) Sdn Bhd)

 

syikin 10.04:  semalam akak jumpa Dato Azlina lepas meeting.. mengutarakan masalah downline yg hilang semangat.. yang terkesan dgn masalah lambakan stok.. lelong stok..
syikin 10.04: pesan Dato Azlina..
ila 10.04: akak borak ke ngan datuk a tuh?
syikin 10.04: dalam bisnes.. ini adalah lumrah
syikin 10.04: ye le.. masuk bilik dia terus.. hati ke hati..
syikin 10.04: terutama dalam MLM.. 85% adalah hubungan kemanusiaan..
syikin 10.05: sebagai leader, kita kena kuat.. jgn tunjukkan sikap yg boleh buatkan downline kita hilang semangat..
syikin 10.05: usaha untuk motivasi mereka.. berikan percikan setiap hari..
adinza 10.06: kak ekin,saya dah transfer n email akak
syikin 10.06: sekiranya ada antara mereka yang penuh dgn alasan... dan tahap tidak lagi sudi mendengar kata kita..
syikin 10.06: biarkan.. ibarat kapal yg nak karam.. jgn kita ikut karam seperti mereka..
syikin 10.06: paham tak maksud akak...
sweet.darling73 10.07: kak ekin mcm mana nk kasi semangat kat downline kita sedangkan siapa downline kita pun kita tk kenal
syikin 10.07: camana tak kenal downline?
sweet.darling73 10.08: :( yg saya ajak masuk jadi ahli tu je yg saya kenal
sweet.darling73 10.08: yg lelain tk kenal
syikin 10.08: bela yang kenal tu..
syikin 10.08: jaga yg depan mata
ila 10.08: paham boss...
ila 10.09: dah selami sedlm-dlam nyee maksud datuk a tuh
syikin 10.09: kita ni ibarat handphone.. bila sampai tahap weak.. kena charge...
sweet.darling73 10.09: baik bos
syikin 10.09: kita dalam biz DCL.. bila rasa hilang semangat.. salah satu cara utk charge, pergi meeting..
syikin 10.10: atau baca tentang motivasi
syikin 10.10: atas meja Dato Azlina semalam, ada buku Dato Fadhilah Kamsah..
syikin 10.11: tajuk apa tak hingat le plak..
ila 10.11: tgk tuh org dah kaya pon still bace buku motivasi lagik..
syikin 10.11: ye betul.. mereka dah ada apa yg mereka nak..
syikin 10.11: yg mereka perlu adalah motivasi diri..
syikin 10.11: dia Pesan.. syikin banyakkan baca buku motivasi.. utk diri sendiri dan ahli kita
syikin 10.12: bila kita di tahap leader.. kita kena sentiasa positif dan semangat.. itu yg Kak Na amalkan..
syikin 10.12: Kak Na - Dato Azlina bahasakan diri...
double AA 10.12: alamak tertinggal kata2 motivasi kak syikin
syikin 10.12: lagi satu.. kita kena berani.. dan yakin
ila 10.13: wahhh kak na...bagus sgguh..tak berlagak ek dia..
syikin 10.13: biar tak ramai kawan.. kuantiti tak penting.. yg penting kualiti seseorang sahabat tu
syikin 10.13: Dato A memang manusia humble..
syikin 10.13: moral of the story..
syikin 10.13: kalau downline kita down... kita teruskan motivate mereka..
syikin 10.14: tapi jika mereka masih tak mau ikut dan beralasan.. dan tak mau tlg diri sendiri..
syikin 10.14: kita tak mampu buat apa-apa..
syikin 10.14: cam dia cakap semalam.. kak Na mampu bgtau syikin apa yg perlu syikin buat..
double AA 10.14: kak Na sape kak ekin??
double AA 10.14: sorry
syikin 10.15: tapi yg bertindak adalah Syikin sendiri.. buruk atau baik sesuatu keputusan adalah kerana tindakan syikin sendiri..
ila 10.15: Kak Na - Dato Azlina bahasakan diri...
syikin 10.15: kak Na- Dato Azlina.. pengasas DCL
double AA 10.15: ooo
double AA 10.15: lps meetig biase akak ade sessi motivasi ngan kak NA ker??
syikin 10.15: kak Na- Dato Azlina.. pengasas DCL
double AA 10.15: ooo
double AA 10.15: lps meetig biase akak ade sessi motivasi ngan kak NA ker??
syikin 10.16: akak jumpa dia personally..


 

Last Updated ( Thursday, 24 December 2009 )