DAFTAR UTK CHAT

Username

Password

Remember me
Forgotten your password?
No account yet? Create one
WORLDWELLNESS NETWORK

:: Our Latest Networking Business :- Worldwellness Network (WWN) ::

JOM SERTAI BISNES WORLDWELLNESS DGN KAMI!
Pengalaman kejayaan saya dlm MLM terdahulu telah menjadikan Team Ekin Wellness antara yg berjaya dgn pantas hasil ilmu dan pengalaman terdahulu. Jom suksess bersama

PERUNDING www.kedai2ekin.com


syikin
syikin72
syikin72@gmail.com


Khairi
013 3696659
hairi_jr@yahoo.com

Statistics

Members: 5565
News: 176
WebLinks: 4
Visitors: 1085924
Aku, Artikel & Bisnes MLM E-mail
Written by syikin72   
Friday, 30 July 2010

Saturday, April 11, 2009

Aku, DCL dan MLM & Artikel Menarik


Multi Level Marketing.. atau nama manjanya MLM.. ramai org fobia dgn ayat ni, dan org yg menjalankan bisnes MLM, termasuk aku.. rimas betul dgn org cam ni.. pantang nampak mesti nak promote.. bila jumpa, takde cite lain. .. MLM, MLM, MLM.. ish.. tak kuasa nak layan..

aku terjebak dalam dunia MLM ni cara tak sengaja.. asalnya nak tambah produk jualan aku meniaga online ni.. tak pernah pun aku amik port apa itu MLM... customer aku pakai produk DCL, dapat result bagus, nak jadi ahli aku tlg registerkan.. 1st month, dpt vaucer RM16.80. 2nd month, cheque RM300 berserta pangkat Ruby Manager. makin bersemangat dan makin rajin tlg daftarkan kawan kawan.. dari situ network aku berkembang..

Sesungguhnya dalam Perniagaan MLM yang membezakan kita dgn orang lain adalah ILMU dan PENGALAMAN. Makin lama DCL makin dikenali, persaingan makin kuat, nak taknak aku terpaksa belajar la.. bila dah tertaja kaki MLM, takkan memanjang jawab tak reti pasal marketing plan kut.. tak larat aku nak kena kutuk, upline takde ilmu.. skrg ni walau tak berapa nak lancar, tapi bleh la nak explain kat org..

Specialnya team aku ni, kitorang buat DCL online 100%.. . tiap hari downline aku bersidang kat web... bila diperlukan, aku turun padang.. takde le plak aku hilang kawan, malahan makin beranak pinak.. best betul tiap negeri aku pergi ada je downline aku yg sudi menanti kedatangan aku.. sekarang ni gi jalan-jalan sambil servis network.. aku suke..

5 tahun dalam DCL.. banyak perkara yang positif yang aku lalui.. dan berjaya merubah hidup aku dan keluarga.. Pengasas DCL, Dato Stapa dan Dato Azlina amat menitikberatkan status Halal setiap produk.. dan ada juga kumpulan Ulama di dalam pihak Pengurusan DCL.. setiap keputusan yang syarikat buat, terlebih dahulu dirujuk pada pakar dalam bidang masing-masing.. baik dari segi produk, hukum hakam.. ...

Korang kat luar sana kalau nak buat MLM, silalah pergi jumpa mana-mana Leader MLM yg dah berjaya dgn jalan yg telus.. tips yg aku nak bagi, Leader yg bertahan di dalam company tu lebih dari 3 tahun.. dan ada pencapaian telah dipegang..

Jgn sesekali terpukau dgn mereka yg suruh dump duit, beli pangkat.. takut anda tak mampu bertahan.. unless upline korang memang mampu membimbing .. aku kesian sgt kat mereka yg nak buat MLM tapi kena tipu nih.. dah keluar duit beribu, upline hilang tah kemana.. biasanya Leader begini, tak lama bleh bertahan.. cepat je lingkup sebab kena sumpah dengan mereka yg teraniaya..

sekarang MLM guna sistem ni dah berleluasa.. yg success tu ok la.. yg kesian kat yg dah buat loan, pas tu barang simpan bawah meja.. 1st month memang ar dapat cheque, 2nd month dapat vaucher, klu nasib baik.. dan bulan seterusnya, lelong barang bawah meja..

Bagi aku, klu dah confident, ko upgrade sket diri korang.. buat MLM ni ibarat pelari marathon.. biar konsisten.. tak perlu berlari laju.. sebab dalam MLM ada destinasi penghujung iaitu pangkat tertinggi.. tapi sekarang ni ramai yg gopoh.. semua nak senang cara cepat.. sanggup buat loan berpuluh malahan beratus ribu semata- mata utk kejar title dalam MLM ni.. buat MLM bukan kerja mudah.. kalau hati tak kering, takde daya saing, takde strategi, jgn harap le nak success..

Permainan dalam dunia MLM ada kalanya agak zalim.. sanggup ketepikan hukum halal haram semata-mata DUIT... sanggup mencantas network orang lain masuk ke group mereka demi DUIT.. memang hancurle hidup kalau joint di bawah Leader MLM yg bertuhankan DUIT ni..

Memang akui akui, bila kita di tahap status LEADER MLM, memang glamer.. klu aku gi HQ DCL, org tak panggey aku Syikin taw.. org panggey aku Crown.. Crown.. vavava.. ingat tak glamer ke.. lagi satu, nama kita dikenali.. setiap tutur kata kita didengar.. klu silap bg statement, kena hentam pun kaw kaw punya..




DCL SISTEM 5K VS TRADISIONAL ??? SOALAN PANAS GILOS NIH.. very the sensitip..

ada sorang downline aku tanya, Dato Stapa baru luluskan Sistem 5K ni? selama gi meeting, aku tak perasan le plak.. tatau le klu ada antara meeting yg aku tuang, Dato Dato `Launch' kan Sistem 5k ni..

dun worry.. cam biasa.. aku ni akan cari jawapan atas tiap soalan.. baru le nampak versatile.. kih kih kih..

cam ni la.. klu amik stok 5k terus jadi Ruby Manager tu dah berzaman ada.. bonus Fasa B korang terus dapat 15%.. kalau serius nak bisnes, 5k tu tak byk mana pun.. aku sendiri bermula dari ahli biasa.. bila sale laju, aku upgrade jadi stokist.. bermula dari stok 3k.. 5k.. dan KKKKKK yg seterusnya.. kayo!! kayo!! kayo!!

Sistem 5k ni dinamakan Fast Track.. ko cepat je capai pangkat-pangkat dalam DCL.. klu korang jadi ahli 50 hengget.. pastu klu ada org order, baru amik stok, lambat le nak naik pangkat.. itu dinamakan Slow Track.. tak kisah le nak slow track ke.. fast track ke.. DCL ni salah satu peluang bisnes.. kalau confident, go ahead... jgn kata stok RM5k, klu ada fulus, beli stok RM300k, boleh terus jadi CA taw.. pas tu bukak BC.. kan senang..

tapi aku cukup pantang tok nenek kalau kaum kerabat aku yg amik stok tapi tatau nak buat apa.. soh gi kelas produk malas.. paling haru lelong kat forum / blog.. kurang ajaran betul.. kesian kat org lain yg serius nak meniaga cam aku.. klu dline aku buat keje cam ni aku bagi kaw kaw punya...

takyah cite org lain, org terapat cousin aku sendiri yg joint DCL BUKAN bawak network saya.. amik stok 5k.. pass kat adik beradik sedara mara.. soh jualkan.. pas tu ding dong ding dong.. terbaru khabarnya malas dah nak buat.. katanya upline gatal la.. DCL bisnes org kampung la.. layan je la.. malas nak komen..

aku bukan anak org kayo.. jadi naik le sket sket.. pelan pelan kayuh pun bleh success.. yg penting base dah kuat.. ibarat pokok yg rendang.. akar & dahan kuat & kukuh... klu satu mati atau patah, yang lain ada..

kisah ni tiada kaitan antara hidup atau mati.. sekadar pendapat melalui pengalaman saja.. kut kut ada yg bg link ni kat Dato atau mana-mana Leader DCL baca.. maklum le.. sekarang ni byk spy 007.. apa yg jadi kat internet laju je masuk report kat management..


BIAR LAMBAT, ASAL BERTAHAN..


ni aku nak tunjuk kat korang, Pangkat dalam DCL yg boleh korang capai berserta jumlah wang besar!! wang besar!!!


Bermula dari Pangkat, Jumlah PV,Bonus Fasa B dan Jumlah Ringgit Malaysia utk pangkat tu..

CA ( CROWN AMBASSADOR )- 150,000 PV - BONUS 45% - Modal RM250k je..
CD ( CROWN DIRECTOR )- 75,000 PV - BONUS 40% - Modal RM150k ~ ni pangkat aku le nih..
DD ( DIAMOND DIRECTOR ) - 35,000 PV - BONUS 35 - Modal RM70k
PD ( PEARL DIRECTOR )- 15,000 PV - BONUS 30% - Modal RM50k
EM ( EMERALD MANAGER ) - 5,000 PV - BONUS 20% -Modal RM10k
RM ( RUBY MANAGER ) 3,000 PV- BONUS 15% - ni le yang diwarwarkan Sistem 5k




ARTIKEL TENTANG BISNES MLM.. ENJOY!!


Kejayaan Stail Shortcut Atau Full Version
February 17, 2009 | By Shukri Abdullah |

Kejayaan dicapai, bila Anda berjaya mencapai apa yang Anda targetkan. Namun, ia bergantung pada seberapa besar kehendak Anda, matlamat, azam dan cita-cita Anda. Mungkin, kejayaan menjana pendapatan tertentu, kejayaan dalam kerjaya kerana dinaikkan pangkat atau kejayaan mencapai matlamat perniagaan Anda. Stail kejayaan ada berbagai. Bagi saya, ada dua bentuk, dua nama.

Nama panggilan ni saya cipta sendiri. Kat situlah saya panggil kejayaan dengan dua versi berbeza, kejayaan stail shortcut atau kejayaan stail full version. Kejayaan shortcut adalah kejayaan yang diraih melalui jalan singkat. Prosesnya sama. Anda bekerja keras, merancang strategi lalu bertindak. Cuma, kejayaan Anda luar biasa kerana ia pantas dari kejayaan biasa. Hasilnya pula segera!

Kejayaan full version nama panggilan saya pada kejayaan yang dicapai oleh orang-orang berjaya. Inilah kejayaan normal. Mereka belajar sepanjang masa, menguasai sesuatu kemahiran langkah demi langkah, mengatur strategi, bertindak selain bersedia menghadapi apa saja yang akan terjadi pada usaha mereka sama ada silap atau gagal. Orang-orang yang melalui stail kejayaan full version tidak tamak hingga mahu hasil cepat. Mereka melangkah perlahan-lahan, walaupun proses berusaha mengambil masa. Mereka berjaya mencapai kejayaan setelah melalui berbagai kepayahan, justeru kejayaan itu membuat mereka rasa benar-benar puas!

Sama ada Anda gunakan stail short cut atau full version untuk mencapai kejayaan milik Anda, terlebih dahulu Anda kena fahami kesannya. Kejayaan short cut menjadikan kejayaan yang Anda capai tidak berkembang. Mengapa? Sebab, Anda terdorong untuk jadi selesa dengan kejayaan sedia ada. Walaupun Anda berjaya lebih cepat daripada orang lain, tapi Anda akan hilang minat mencapai lagi kejayaan-kejayaan di masa depan.

Kejayaan full version membuat Anda semakin ghairah, semakin berselera mencapai tahap kejayaan yang semakin mencabar kerana Anda seronok merasai saat bila Anda mempelajari kemahiran baru, berkenalan dengan orang baru, meletak matlamat baru yang pasti menjadikan Anda memiliki mentaliti baru.

Akhirnya, Anda berjaya mencapai satu lagi kejayaan baru!





Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”

Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:

 
  • Perlu berlimu
    Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.
  • Perlu menambahkan jaringan
    Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.
  • Perlu punyai perasaan tolong menolong
    Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!
 

So, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!

 

UNDERCUTTING / CARAS DOWNLINE ORANG... MESTI BACA!!!!

 

Sering saya mendapat maklum balas ahli DCL www.kedai2ekin.com yang mana saya iklankan nama di web ini dan mengambil stok dari stokist DCL, anda ditawarkan menyertai DCL di bawah stokist tersebut atau dalam kata lain, anda diminta menukar penaja dari bernaung bawah www.kedai2ekin.com kepada menjadi ahli di dalam kumpulan mereka.. Ini adalah sifat tamak segelintir Stokist DCL yang ada dengan menggunakan alasan basi seperti :-

 

:) upline anda jauh , jadi tak mampu membimbing anda. 

 

:) jadi ahli dalam kumpulan mereka, mereka akan hantar stok pada anda

 

Harus diingatkan, sejak saya menyertai DCL dari tahun 2004 hingga kini, memang Stokist begini memang wujud. Mencuri hak orang untuk kepentingan peribadi. Terus terang saya katakan, saya tidak pernah menghalalkan perbuatan mereka. Memang saya akui ada ahli yang telah mengikut cadangan Stokist tersebut. Saya serahkan pada Allah untuk membalasnya.

 

Kepada anda yang sedang didalam dilema dengan tawaran yang diterima, fikirkan sejenak...

 

1) Hari ini anda menganiaya upline yang membimbing anda, satu hari nanti, tidak mustahil downline anda akan menganiaya anda.

 

2) Adakah Stokist atau ahli yang menawarkan anda bertukar pada mereka ikhlas menolong anda jika anda tiada sale. Memang ramai yang mula dikuasai tamak haloba bila melihat ahli yang mampu buat sale dengan banyak. Dekat tidak bermakna menjanjikan anda berjaya,. jauh tidak bermakna tidak mampu membimbing. Kejayaan akan datang dengan usaha anda sendiri disamping cetusan semangat dari upline anda.

 


 

ok.. nanti sambung lagi..











Cik Bunga: Bagaimanakah, rama-rama boleh jadi besar dan sangat cantik seperti Cik Rama-rama?



Cik Rama-rama: Oh, terima kasih kerana memuji saya. Baiklah, saya akan ceritakannya. Saya asalnya daripada sebiji telur yang kecil. Kemudian, telur itu akan pecah dan menjadi seekor ulat. Ulat itu akan mencari makanan untuknya membesar. Semasa saya menjadi ulat, saya makan banyak daun. Kemudian, apabila ulat itu kekenyangan, dia ingin berehat. Jadi, ia akan membuat kepompong untuk dirinya. Kepompong tu ialah tempat perlindungan bagi ulat untuk berehat. Selepas beberapa hari kemudian, kepompong itu akan pecah dan jadilah rama-rama yang cantik.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
 
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang tidak punya apa, akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.

Ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa dan insan sekeliling. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.





 

Donald Trump opinion on network Marketing (MLM).

 

In one of the OPRAH talk show, with Donald Trump as the guest,she asked him “if you go bankrupt again what would you do?”

 

he replied: I will start a MLM business, and then all the audiences started to
BOOOOOOOOOO

 

and then he said: “That’s why you are sitting there and I am sitting here” I believe MLM is a powerful concept,but it has been misused. Unfortunately most of the people can’t differentiate MLM from PYRAMID SCHEME.

~ Donald Trump may have been a bit rough but he is correct.

 

APA BESTNYE JOINT DCL?

DCL ni salah satu peluang bisnes.. klu korang nak berjinak dgn dunia bisnes, bleh la cuba.. klu joint dgn team aku, aku guide le.. korang bleh beli produk DCL less 10 - 30% dari harga retail.. dan kalau cukup PV (point value - tiap produk ada PV), bleh le dapat bonus.. minima 125 pv, tu pun klu guna sendiri la.. kalau sebulan beli Red Guara sekotak 9pv nak bonus, takde le deknon.. tapi aku galakkan korang buat 200pv la, masyuk lagi bonus korang.. lagi?

1. Produk bagus belaka.. dah jadi ahli, bleh beli dgn harga dealer...

2. Boleh le buat side income, jual produk DCL kat member office, adik-beradik, jiran, sedara..

3. Kekalkan 125pv setiap bulan, bersamaan dgn lebih kurang 4 kotak rgc utk family, 2 bidadari utk kita, 1 dgenius utk anak, 1 egenius utk kita sendiri, 1 amazing utk seisi keluarga.. dah cukup pv tu.. nanti bila kita meninggal dunia, keluarga kita akan dapat RM2.00 dari ahli DCL seluruh negara.

4. Paling best dalam DCL ni, bila kita meninggal dunia nanti, bisnes ini boleh diwariskan. Pangkat dan Network bisnes kita akan berpindah pada pewaris. Cam saya ni, kalau dipanggil mengadap Allah, pewaris saya akan berpangkat Crown Director dan meneruskan bisnes berserta Network bisnes ni. Best tak?
 



APA BESTNYE JADI AHLI DCL DENGAN KAMI?

Setelah 5 tahun menyertai DCL, dan dengan komitmen padu dari Rakaniaga, dengan bangganya Syikin ingin warwarkan bahawa group dari team kami adalah yg terbesar menguasai DCL secara online.

Jom sertai Group kami.. dan dengan pengalaman yg ada, kami akan membimbing anda dari segi penggunaan produk yg betul, mendapatkan info DCL terkini secara online.. tak kira di mana saja anda berada, kita boleh berbincang di web milik saya... jangan plak tunggu saya contact anda tiap hari, cikgu tak cari murid tau.. anda boleh aktifkan diri di web milik saya, www.kedai2ekin.com

kita boleh berdiskusi sambil bertukar pendapat dan info secara online setiap hari.. dan syikin sendiri memang menjalankan biz online secara sepenuh masa.. online setiap hari ~ Isnin hingga Jumaat dari pagi hingga ke malam.. dan dibantu oleh sahabat yg berpengalaman di web syikin...

Tapi kami bukan hanya buat online je taw! jika anda memerlukan kami turun padang, insya Allah kami akan penuhi permintaan anda.. tak caya nanti lihat bukti aktiviti team kami kat tajuk lepas ni..

* Anda berhak menggunakan Info dan Testimoni dari website ini utk tujuan promosi.. website ini memang utk rujukan para ahli bawah naungan kedai2ekin.com, kedai-e & ekedai2u. Tapi sekiranya anda BUKAN ahli bawah group ini, sila dapatkan kebenaran dahulu sebelum menggunakan apa-apa info.. kalau main cilok je tanpa kebenaran pemilik, anda tau kan apa hukumnya...

lagi satu.. pada ahli DCL yg berdaftar dgn saya, yg betul-betul commited buat DCL.. ada xtra benefit.. anda juga boleh beli produk bukan DCL.. dari web www.kedai2ekin.com dgn harga special.. kalau nak buat biz pun boleh.. nanti kita diskas ye..




TIPS NAK BERJAYA?

On Paper memang nampak senang.. tapi bukan senang nak senang beb! maaf cakap, bukan nak kureng adab.. Lecturer U dalam bidang Business pun blum tentu bleh berjaya dalam MLM... tapi dengan pengalaman aku sendiri 5 tahun dalam bidang ni, try & error.... aku menapak dari nobody hingga ke tahap Crown Director, bleh le nak share dgn korang..

Ni le antara t
ips utk anda yg ingin bergiat aktif dan berjaya dalam DCL..

1. Anda guna sendiri produk yg anda nak jual

2. Pastikan produk itu betul-betul berkesan dan jadikan diri anda sendiri testimoni

3. Promote produk tersebut kepada rakan, forum, yahoogroup

4. Pastikan produk tersebut berkesan pada customer anda

5. Bila produk berkesan, dengan sendiri customer akan bertukar menjadi downline

dan bila mereka duplicate apa yg anda buat dari step pertama, anda akan merasa hasilnya.. tapi anda masih perlu terus berusaha dan menjaga network, servis downline.. jgn duduk goyang kaki, lepas tangan dan biarkan dline anda terkontang kanting mencari info sana sini..

ILMU! ILMU! ILMU!!!! benda paling penting dalam bisnes.. Duplikasi apa saja org yg dah berjaya buat.. klu aku soh gi seminar, korang kena pergi.. dengar cakap pakar.. hehehe..

Saya sendiri telah membuat apa yg saya sebutkan di atas sejak 5 tahun lalu.. dan sekarang saya dah merasakan hasilnya. Setiap hujung bulan, tidak pernah Cheque Bonus MLM yg saya buat tak sampai ke tangan saya..

Walaupun begitu saya masih berusaha dan akan terus berusaha.. kerana dalam MLM, tiada yg mustahil.. tiada batasan..

Selamat Berjaya kepada anda yg nak menceburkan diri dalam MLM.. tiada jalan mudah utk berjaya.. jgn buat sekerat jalan.. lengkapkan diri dgn ILMU!



 

Last Updated ( Friday, 30 July 2010 )